Selasa, 21 Februari 2012

Baca Buku

Sebenarnya dah lama aku beli buku-buku nie... cuma lambat nak khabor ke demo semua. Ada diantara buku-buku nie dah aku khatam dan ada diantaranya aku belom khatam lagi...

Tapi buku yang kalar biru tu... Wahai Tuhan : Engkaulah Penyembuh bagus untuk dibaca dan diamalkan doa-doa kat dalam buku tu untuk kegunaan harian. Dengan saiz buku yang kecil senang nak bawak kemana sahaja... masukkan dalam handbag korang pastu kalau ada masa lapang kat opis ker, kat lam kereta ker atau kat mana-mana just keluarkan and baca. Rega buku-buku nie semua tak lah mahal. Kalau korang nak boleh la cari kat kedai buku.


Anakku Hebat Anakku Soleh : Ustaz Zahazan Mohamed; Hadiah Buat Muslimah - Panduan Asas Fiqah Wanita : Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

Isnin, 20 Februari 2012

Beg Kecil Berwarna Merah

Nie nak cerita pasal beg kecil berwarna merah. Anak aku si kakak nie kadang-kadang tu bawak bekal gi sekolah pagi. Sebelum nie dia bawak bekal dengan menggunakan beg percuma cermin mata fibre tu... dah lusuh dah aku tengok. Jadi nyer aku tempah beg bekal ini dari opismate aku nie... sebelum nie aku tempah tudung sekolah kat akak nie... rega semua berpatutan dan sangat puas ati. Kualiti kain sangat bagus. Oklah nie aku nak tunjuk beg bekal kakak.... mai la tengok....

Comey macam tuan dia...

Kereta Sapakah Ini?

Kereta sapakah ini? Pagi semalam dalam kul 8.15am kami sekeluarga dalam perjalanan menuju ke Felda Gendangsa, Behrang. Selepas kami melepasi Tol Jalan Duta dari Kuala Lumpur menuju ke Utara, en. suami berhenti kat stesen minyak shell sebab nak isi minyak. Abis jer isi minyak en. suami nak isi borang masuk peraduan, jadi park jap kat tepi kiosk shell tu... dok sat mata aku ngan en. suami terpandang seorang pompuan nie... dengan lantas aku cakap kat en. suami... "Bang tu... Fasha Sandha kan"... en. suami jawap "Yap..." sambil bukak pintu dia jawap... Fasha Sendat... ya rabbi... sib baik si Fasha Sandha tu tak dengar atau buat-buat tak dengar... kalau dia dengar abis la... Si Fasha nie masuk kat kiosk nak beli barang agak nyer... kereta sport BMW no. pendaftran RF 58 kalau tak silap aku la... Terpikir jugak aku banyak betoi duit diorang nie sampai boleh pakai kereta mewah... tu baru kereta rumah macamana pulak, pakaian, make-up, handbag, kasut dan macam-macam lagi la. Aku hanya mampu pakai kereta Saga FL saja... tu pon dah cukup bertuah dah syukur sangat-sangat... 
Tapi itu semua tak penting lah bagi aku... aku lebih suka sekiranya aku dapat bagi ilmu yang sempurna buat anak-anak... sebab anak-anaklah harta yang paling berharga... dunia dan akhirat.

Jumaat, 17 Februari 2012

Jom Layan Bella Calamidades


Ishhh... kemaruk betoi la... ralat kalau tak dapat tengok cerita "Bella Calamidades". Aku tertengok cerita nie masa awal-awal kemunculan kat tv. Sampai sekarang pon aku masih dok layan lagi... Kalau nak tau cerita nie mai kita layan tv3, setiap Isnin hingga Khamis, jam 3.00 petang hingga 4.00 petang...
Jangan lupa tau...



 Bella n Marcelo

Majlis Pernikahan Adik Aku...

Salam semua... kembali bersiaran...

Baru-baru nie... mak aku terima seorang lagi menantu pompuan. Adik lelaki aku selamat bernikah dengan pasangannya pada 4 Februari 2012. Majlis pernikahan mereka dijalankan di Masjid Taman Bukit Cheras pada jam 11.00 pagi. Rombongan kami disebelah lelaki tak ramai pon yang datang... Dengan sekali lafaz adik aku tu selamat menjadi suami orang... tak sangka aku rupanyer dah beso pon adik lelaki kedua bongsu aku tu... sekarang nie cuma tinggal adik bongsu aku saja tak kawin lagi... lagi pon adik bongsu aku nie... tengah sambung belajar... rasa-rasanya lambat lagilah nak kawin...
Majlis persandingan diadakan pada 5 Februari 2012 kat Dewan Taman Bukit Cheras bersempena Maulidur Rasul. Majlis kat sebelah rumah penganti lelaki akan berlangsung pada 17 Mac 2012 nanti di Batu Kurau, Taiping Perak. Kepada yang membaca enter nie sila la datang tau...

Malas la nak cerita panjang lebor... moh kite tengok gambar nikah/sanding diorang....
Banyak lagi gambar nanti lah aku tepek kat sini...
Majlis Nikah

Majlis Sanding

Aku, suami, anakanda Hazim dan... bukan bertiga tapi berempat...:)
"SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA FIQ & EKIN"