Kereta sapakah ini? Pagi semalam dalam kul 8.15am kami sekeluarga dalam perjalanan menuju ke Felda Gendangsa, Behrang. Selepas kami melepasi Tol Jalan Duta dari Kuala Lumpur menuju ke Utara, en. suami berhenti kat stesen minyak shell sebab nak isi minyak. Abis jer isi minyak en. suami nak isi borang masuk peraduan, jadi park jap kat tepi kiosk shell tu... dok sat mata aku ngan en. suami terpandang seorang pompuan nie... dengan lantas aku cakap kat en. suami... "Bang tu... Fasha Sandha kan"... en. suami jawap "Yap..." sambil bukak pintu dia jawap... Fasha Sendat... ya rabbi... sib baik si Fasha Sandha tu tak dengar atau buat-buat tak dengar... kalau dia dengar abis la... Si Fasha nie masuk kat kiosk nak beli barang agak nyer... kereta sport BMW no. pendaftran RF 58 kalau tak silap aku la... Terpikir jugak aku banyak betoi duit diorang nie sampai boleh pakai kereta mewah... tu baru kereta rumah macamana pulak, pakaian, make-up, handbag, kasut dan macam-macam lagi la. Aku hanya mampu pakai kereta Saga FL saja... tu pon dah cukup bertuah dah syukur sangat-sangat...
Tapi itu semua tak penting lah bagi aku... aku lebih suka sekiranya aku dapat bagi ilmu yang sempurna buat anak-anak... sebab anak-anaklah harta yang paling berharga... dunia dan akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan