Sabtu, 24 November 2012

Kosong...

Salam semua....
Telah lama saya tidak menulis apa-apa cerita di dalam blog nie...:(
Banyak perkara telah berlaku sepanjang tempoh beberapa bulan ini. Suka, duka dan macam-macam lagi. Diri aku sekarang terasa kosong... Aku tak tahu nak mulakan cerita yang mana satu... Gembira dulu kah atau sedih dulu ker... Buat waktu sekarang aku sedang mencari redho Allah swt. Semoga aku di beri kekuatan untuk aku menulis semua cerita tentang Dia Ku Sayang... 

Cepat atau lambat itu aku tak pasti bila aku boleh menulis lagi...

Rabu, 16 Mei 2012

Nur Khadeeja Aisha

Salam semua,

Aku dah selamat melahirkan baby girl pada 9 Mei 2012 yang lalu. Nama baby aku Nur Khadeeja Aisha. Berat 3.4 kg, bersalin dengan kaedah pembedahan. Cakap banyak tak mau sebab aku pun tak berapa sihat lagi. Jadi pada kawan-kawan dan awak-awak semua mai kita tengok gambar baby dulu yer ... lain kali kita cerita panjang kisah aku lalui masa menjalani pembedahan tu.



Baru keluar dari perut ibu... masih panas


Hari kedua ... abang, kakak datang melawat baby kat hospital ... sebenarnya abang tu geram kat baby



Baby dah balik umah hari jumaat (day 3)


Muka baby bulat ...

Khamis, 3 Mei 2012

Terima kasih kembali ... sampai SYURGA insya Allah ...

Ya Allah ...
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat Mu yang suci
Suburkanlah kami dengan keturunan yang  membesarkan asma Mu
Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai

Ya Allah ...
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan
Tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan
Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya
Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi

Ya Allah ...
Berkatilah pendengaran kami
Penglihatan kami
Hati kami suami/isteri
Anak-anak/keturunan kami dan
Ampunilah kami
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang
Amiin ...

Khamis, 26 April 2012

A Gift From Heaven

A Gift From Heaven

"I'm sending you a child "God Said", to take care of for me.
You'll need patience, and understanding 'cause this child, she cannot see.
You'll learn the beauty of a smile, you see, her learning will be slow.
But with the love that you will give I know that she will grow.

This child will bring you pride and joy with each new thing she learns.
Though there will be times she brings you worries and concerns.
But you're the kind of parents that I know can make it through.
That is why I'm sending her to the two of you.

The lessons she will teach you not everyone will see.
Because she will also have what's know as CP.
Her learning will take effort and progress will be slow.
But the love and joy she'll bring you few "normal" kid's parents know.

I'm not sending her because you've sinned, nor to punish you.
I'm sending her to you because I know you'll love her too.
This child is a special child I wouldn't place just anywhere.
I want her with a family I know will take good care.
And after searching wide and long the whole world through and through.
I decided that this gift of love would be sent from Heaven to you".

-poem was submitted by Fran Webb-

Cantik tak?...


Cantik nyer ...

Nie kakak punya kotak pensil. Minggu lepas masa kak zizah call aku terus aku order dengan dia benda alah nie. Lagi pun kakak dah lama mintak nak benda alah nie. Cuma aku tak berkesempatan nak jumpa kak zizah lagi. Lagi pun kak zizah pun sibuk agak nyer sebab aku call opis tak berjawap pun. Minggu lepas order, ari isnin aritu dah dapat barang. Sayang kak zizah... bukan aper kak zizah takut aku terberanak awai tu dia siapkan awai tu. Kain yang digunakan sama ngan beg bekal kakak. Suka aku order barang cam gini dari kak zizah sebab rega berpatutan dengan kualiti kain yang tinggi.

Bila kakak bawak ke sekolah ramai kawan-kawan dia kata cantik. Bangga ler kakak bila kena puji. Tapi bukan ibu dia yang buat...:) Kakak kata dia nak jual kat kawan boleh ker? Ishh budak nie nak berniaga la pulak.

Rabu, 18 April 2012

Cerebral Palsy ...?

Apa Itu Palsi Serebrum?


Palsi serebrum yang dipanggil Cerebral Palsy (CP) dalam bahasa Inggeris merupakan salah satu kategori ketidakupayaan perkembangan di mana bahagian-bahagian otak tertentu yang mengawal koordinasi dan pergerakan otot-otot dalam badan seseorang mengalami kerosakan. Ia boleh berlaku semasa seseorang itu masih berada dalam kandungan ibu, semasa dia dilahirkan atau dalam beberapa tahun pertama selepas dia dilahirkan.
Bahagian-bahagian otak yang mengalami kerosakan itu tidak akan sembuh buat selama-lamanya. Walaubagaimanapun, kerosakan itu juga tidak akan bertambah teruk. Hal ini bermaksud kerosakan itu akan berkekalan. Oleh itu, individu-individu palsi serebrum akan mengalami ketidakupayaan tersebut sepanjang hidup mereka. Mereka akan mengalami masalah pergerakan badan di mana motor kasar dan motor halus mereka terjejas. Mereka akan mengalami kesukaran untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti berjalan, menguruskan diri, makan, menulis dan sebagainya.
Individu yang mengalami palsi serebrum adalah unik. Keadaan fizikal seseorang individu palsi serebrum adalah berbeza dengan individu palsi serebrum yang lain. Tiada dua individu palsi serebrum yang mengalami tahap ketidakupayaan yang sama. Tahap ketidakupayaan seseorang individu itu boleh dikategorikan dari sangat minima hingga sangat teruk. Seseorang yang dikategorikan pada tahap sangat minima biasanya berupaya menjalani kehidupan harian seperti biasa tanpa sebarang bantuan. Sebaliknya seseorang yang dikategorikan pada tahap sangat teruk pula memerlukan penjagaan sepanjang hari. Dia bergantung sepenuhnya pada orang lain untuk melakukan segala aktiviti harian termasuk bergerak dan makan.

Secara umumnya, palsi serebrum boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu spastik (spastic), athetosis (athetoid) dan ataxia (ataxic). Seseorang itu mungkin juga mengalami gabungan dua atau ketiga-tiga jenis palsi serebrum. Selain itu, mereka yang mengalami palsi serebrum biasanya juga mengalami ketidakupayaan atau masalah lain. Ia termasuklah masalah pertuturan, masalah pendengaran, masalah penglihatan, masalah pembelajaran, terencat akal, masalah tingkahlaku, epilepsi dan masalah pertumbesaran.
Sungguhpun palsi serebrum tidak dapat diubati, namun keadaan fizikal seseorang mereka boleh bertambah baik dengan menjalani terapi seperti fisioterapi, terapi cara kerja dan terapi pertuturan; pengambilan ubat untuk mengurangkan ketegangan otot dan mengawal epilepsi; menjalani pembedahan untuk mengurangkan ketegangan otot atau memperbetulkan anatomi yang abnormal dan sebagainya.



Jenis-Jenis Palsi Serebrum

Secara umumnya, palsi serebrum boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu spastik (spastic), athetosis (athetoid) dan ataxia (ataxic).

Spastik
Seseorang dikatakan mengalami palsi serebrum jenis spastik sekiranya dia mengalami ketegangan otot yang terlampau tinggi. Ketegangan ototnya berkemungkinan akan meningkat apabila dia melakukan sesuatu. Hal ini menyebabkannya kelihatan kaku atau keras.
Palsi serebrum jenis spastik boleh dibahagikan lagi kepada tiga kategori yang lebih spesifik berdasarkan bahagian badan yang terjejas iaitu paraplegia, hemiplegia dan diplegia. Bagi seseorang yang dikategorikan sebagai spastik paraplegia, kedua-dua tangan dan kaki serta tengkuknya terjejas. Kebanyakannya tidak dapat berjalan. Apabila hanya sebelah kiri atau kanan badan sahaja yang terjejas, seseorang itu digolongkan sebagai spastik hemiplegia. Dia akan kelihatan tempang semasa berjalan. Bagi seseorang yang mengalami spastik diplegia pula, kakinya adalah lebih terjejas daripada tangan. Fungsi tangannya mungkin terjejas sedikit atau tidak mengalami sebarang masalah.

Athetosis
Seseorang yang mengalami palsi serebrum jenis athetosis mengalami gabungan tahap ketegangan otot iaitu ada kalanya mengalami ketegangan otot yang sangat tinggi dan ada kalanya mengalami ketegangan otot yang sangat rendah. Seseorang itu selalunya menunjukkan pergerakan luar kawalan atau pergerakan secara tidak sengaja. Dia sukar mengekalkan posturnya semasa duduk atau berjalan. Dia memerlukan usaha dan tumpuan yang tinggi untuk mengunjurkan tangannya ke arah sesuatu seperti menggaru hidungnya atau mencapai sesebuah buku.

Ataxia
Seseorang yang mengalami palsi serebrum jenis ataxia pula menghadapi masalah koordinasi dan keseimbangan badan. Seseorang itu biasanya boleh berjalan tetapi tidak stabil. Dia akan berjalan dengan melebarkan jarak antara kedua-dua kakinya untuk mengimbangkan badannya. Tangannya akan bergetar semasa melakukan sesuatu khususnya apabila dia perlu melakukan pergerakan yang tepat atau pergerakan pantas seperti semasa membutangkan baju atau menulis. Keadaan akan bertambah teruk apabila dia disuruh melakukan sesuatu dalam masa yang singkat.
Kebanyakan individu palsi serebrum dikategorikan jenis spastik, dan ia diikuti dengan athetosis dan ataxia. Walaubagaimanapun, seseorang itu berkemungkinan mengalami lebih daripada satu jenis palsi serebrum. Hal ini bermaksud dia berkemungkinan mengalami palsi serebrum jenis spastik dengan athetosis, palsi serebrum jenis spastik dengan ataxia, palsi serebrum jenis athetosis dengan ataxia atau palsi serebrum jenis spastik, athetosis dengan ataxia.
 
Sumber dipetik dari : http://duniacp.blogspot.com/