Khamis, 10 November 2011

Hari Usahawan SK Kiaramas

Salam,

Hari saya nak cerita tentang Hari Usahawan SK Kiaramas, sekolah anak saya. Semalam anak saya yang kami panggil Kakak masuk bilik saya mintak RM 10 kat saya. Katanya sebab nak beli kupon. Makanya saya cakap Kakak ada tak duit simpanan sendiri. Kakak kata ada, jadi saya cakap guna duit Kakak dulu nanti ibu ganti.
Oklah...pada hari kejadian 10/11/2011, makanya bersuka rialah Kakak kat sekolah dengan kupon RM 10. Tahu apa yang dibelikan masa hari usahawan tu... dia beli anak ikan, RM 0.50 sekali sauk tu pun klu nasib baik dapat klu tak bayar dulu baru sauk semula. Penyauknya pulak buat ngan kertas...pandai sungguh cikgu niaga...untung beribu-ribu lemon la...klu dah sauk pakai kertas apa yang dapat, kertas klu dah kena air mestilah kembang. Pastu Kakak beli pemegang kunci dengan harga RM 1.50 satu... tapi dia beli 2, satu untuk dia dan satu lagi untuk adik dia. bagus anak ibu walaubagaimanapun ingat jugak kat adik dia.
Pastu selebihnya beli makanan dan minuman...habislah RM 10 tu...

Jom kita layan gambar...

Pemegang kunci : Pooh Kakak punya, Mickey Adik punya

Anak ikan Kakak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan