Daging masak kicap.
Seawal 4.45 pagi aku bangun siapkan bahan untuk masak lauk nie. Kadang-kadang kalau aku larat dan rasa ada daya aku akan masak diawal pagi untuk ditinggalkan kepada kakak. Bibik hanya perlu masakkan nasik ajer. Bila balik dari sekolah nanti kakak boleh makan. Selalu diawal pagi aku hanya masak semata lauk ajer. Tak sempat la wei nak masak banyak-banyak lauk. Nak buat sarapan lagi. Nak siap diri aku lagi. Hazim lagi la nak kena cium, peluk sokmo bila bangun tidur. Hazim pulak jenis bangun awal. Kadang-kadang tu pukul 5.30 pagi dah bangun. Tak tau la sok bila ada baby macam manalah agaknyer. Mintak-mintak lah semua dipermudahkan.
Mee goreng.
Yang ini pulak mee goreng. Sebenarnya kalau kat umah aku tu mee kuning nie tak berapa jalan. Tapi oleh kerana aku teringin nak makan maka semua ahli keluarga kenalah hadap mee nie. Tak banyak pun goreng hanya sebungkus dah cukup untuk kami makan 4 mulut termasuk bibik aku tu. Bila dah masak lauk untuk kakak, aku akan sambil siapkan bahan untuk masak sarapan pagi pulak. Biasanya aku akan buat sarapan yang berupa heavy sikit macam nasik goreng kerabu ker, mihun goreng ker, nasik lemak ker dan sekali sekala makan roti bakar ajer. Bila dah masak aku selalunya bawak bekal ke opis. Sebab tak sempat la nak makan kat umah nie. Bukan setakat aku ajer anak aku si kakak pun aku bekalkan sekali. Jadi duit belanja yang aku bagi selalunya dia akan simpan. Aku kalau bawak bekal bukan setakat makanan, air teh or kopi aku angkut sekali. Aku tak kisah janji jimat. Lagi pon makanan kat kantin opis aku nie tak sedap dan mahal la pulak. Lebih baik aku bawak bekal terjamin dari segi kebersihan. Awak-awak semua macam mana pulak?
kita pun suka bwk bekal..confirm sedap sb masak sndiri....
BalasPadamBukan setakat sedap lagi dah ... jimat, bersih, segar dan menepati citarasa tekak tuan punya diri ...
Padam