Selasa, 17 April 2012

Minggu ke - 36 dah nie ...

Perkembangan fetus - hamil 36 minggu

Bayi anda masih menambah berat badannya - lebih kurang 28 gram sehari. Beratnya hampir 6 paun / 2.7 kilogram dan panjangnya 19 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki.

Anda mula merasakan tekanan di bahagian bawah abdomen anda dan juga sedar yang bayi anda sudah mula menurun. Ini diberi nama lightening iaitu peringanan, atau engagement iaitu penurunan kepala bayi; dengan ini paru-paru dan perut anda terasa lebih lapang - bernafas dan bermakan-makan akan menjadi lebih selesa. Namun begitu, perjalanan anda semakin kurang selesa - sebilangan wanita melaporkan yang mereka merasakan seakan-akan bayi hendak terkeluar. Juga, anda akan terasa seakan-akan sentiasa hendak ke tandas. Sediakan nutrisi yang diperlukan di masa penghujung ini dengan
panduan makanan sempurna kami.Berita baik ialah bahawa menjelang akhir minggu ini, kehamilan anda sudah cukup bulan dan anda akan melahirkan bila-bila masa. (Bayi antara 37 minggu dan 42 minggu dianggap cukup bulan - bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu ialah pramatang dan selepas 42 minggu ialah lewat waktu atau post-term.)

Semasa janji temu mingguan anda, doktor akan memeriksa anda untuk melihat samada anda sudahpun mendilitasi (apabila serviks membuka) dan mengembang (apabila serviks menjadi nipis). Doktor juga akan memeriksa apakah posisi bayi untuk menentukan sejauh mana bayi sudah jatuh ke dalam pelvis. Informasi ini akan dimasukkan ke dalam nota materniti anda supaya doktor anda maklum akan posisi bayi apabila tiba masa untuk melahirkan.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam rahim. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia


Kat atas adalah info yang aku cedok dari website: www.babycenter.com.my. Saja nak berkongsi info dengan awak-awak semua.

Kandungan aku sekarang dah masuk minggu ke-36 dah. Dah tak lama lagi nak bercuti selama 2++ bulan. Minggu lepas 13hb. aritu pi check up. Doktor cakap semuanyer ok. Tak ada masalah. Syukur sangat-sangat sebab kesihatan aku semasa tempoh kehamilan nie semuanya ok. Setakat sakit, lenguh-lenguh, penat tu biasa ler kan. Aritu jugak aku rasa seronok sangat sebab aku ngan en. suami dapat tengok imej baby dengan lebih jelas. Sebab buat imbasan 3D. Nanti bila-bila kau tepekkan imej baby tu kat blog.

Persiapan pulak untuk baby, aku ngan en. suami beli ala kadar jer. Sebab barang-barang baby yang kakak ngan adik masih elok lagi. Aku cadang nak bersalin kat Hospital Pusrawi kat Jalan Tun Razak nie. Bukan tak nak bersalin kat hospital kerajaan tapi ... aku fobia sikit sebab ada pengalaman yang tak berapa bagus ngan hospital kerajaan nie. Tapi kalau nak jadi perkara-perkara yang tak dijangka kat hospital mana-mana pun jadi kan ... tawakkal ajer lah dan berserah pada DIA ... amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan