Selasa, 17 April 2012

Mana Kasut Sekolah Kakak?

Tu la, arini kakak ada pertandingan 'action song' bahasa inggeris kat sekolah. Tapi bukan buat kat sekolah dia buat kat sekolah lain di Selayang. Malang la pulak ... kasut sekolah kakak hilang bukan sebelah tapi sepasang. Ishh ... nie yang aku tak suka nie ... sapa pulak ler yang ambik nie ...
 
Sebelum bertolak ke sekolah tu, semua murid yang terlibat kena tukar baju dan make-up pelbagai jadinyer kasut sekolah tu dia dan rakan-rakan lain buka dan tinggalkan kat bilik muzik katanyer. Tapi bila dah selesai majlis nak ambik balik kasut dah tak ada. Mana peginyer kasut sekolah kakak tu. Sib baik ler arini dia pakai kasut hitam yang baru dibeli khas untuk pertandingan tu ... kalau tak kaki ayam ler kau kakak. Sekolah kakak tak menang pun tempat pertama. Kakak kata dapat tempat ke-6 saja. Tapi tak pa ler kakak sekurang-kurangnyer kakak ada keyakinan diri untuk memcuba. Tahun depan kalau ader rezeki cuba lagi tau ... nie nampak gayanyer nak kena beli kasut sekolah baru la pulak. Memang cadang gaji bulan nie nak beli lagi sepasang kasut sekolah kakak. Sebab masa awal tahun dulu beli 2 pasang jugak kasut sekolah dia, tapi sepasang tu hanya rega rm 10.00, mana nak tahan lama. Pakai sebulan pun dah koyak. Lain kali kalau nak beli kasut sekolah anak, nasihat saya belilah yang mahai sikit tak per sebab tahan lama.

Nie ler kasut sekolah kakak rega rm 10.00 tu, rupa ada tapi kualiti tiada ...
tapi kasut yang hilang tu kasut sekolah pallas jazz ...
macam kat bawah tu ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan