Hahaha... apa tu... Ok aku nak cerita pasal Adik lagi. Sebenarnya cerita nie pon dah lapok jugak... berita dah basi... tapi tak kisah la aku nak cerita jugak. Sebenarnya Adik sakit gigi dah lama. Dah banyak malam Adik tak tido malam dan asyik nangis jer... ibu ngan ayah pon sama la tak tido... jadi pada 24 Disember 2011 yang lalu, saja la aku check mulut Adik. Bila buka mulut aku tengok gigi taring bawah tu macam dah longgar dan gusi bengkak. Cakap kat hubby Adik nie mungkin sakit gigi kot. Hubby pon cakap kalau cam tu kena cabut la tapi masalahnya Adik nie susah sikit nak bukak mulut... almaklumlah ada emas dalam mulut agaknya. Hubby call doktor gigi merangkap member cakap nak buat temujanji untuk Adik. Tapi sebelom tu hubby bagitau yang Adik nie special kids. Ok, dia kata tak ada masalah boleh bawa ke klinik pada jam 3.00pm ari yang sama jugak. Bila sampai doktor tengok gigi Adik dan doktor sapu gel n spray pastu terus cabut... mujur Adik tak nangis... Adik kan hero mana boleh menangis... gigi yang dicabut tu gigi susu. Pasni kena jaga gigi betoi-betoi la Adik. Doktor bekalkan Adik ubat demam 2 botol. Tentang bayaran... free you.... terima kasih doktor... boleh la Adik datang lagi kalau ada masalah gigi...
Lepas balik dari klinik gigi tu, kami singgah Tugu Negara bawa Kakak dan Adik gi jalan-jalan sekitar Tugu Negara... kejap jer kat sama sebab kesian kat Adik yang tak berapa sihat... kesan dari cabut gigi kot.... ramai sangat orang masa kat sana... rimas la pulak.
Ada la gambar 2, 3 keping buat kenangan... jom kita tengok gambar nak....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan