Salam semua,
Saya nak cerita pasal tajuk kat atas tu... kalau semua nak tahu, sekarang nie Hazim dah tak buat lagi fisioterapi kat HKL tu. Kami cuba cara lain pulak untuk Hazim.
Nama Kak Raw nie dah lama kami dengar dan diceritakan kepada kami. Tapi kami buat tak tahu jer. Disember 2010, opah Hazim masuk hospital sebab sakit kencing manis dan tiriod. So aku ngan adik beradik yang lain berpakat secara bergilir-gilir jaga opah kat hospital. Masa dok jaga opah tu, abang aku yang no. 2 tu bagi buku soh aku baca... buku "Kembara Atiq Wazif - Satu Anugerah". Ada satu bab tu ada menceritakan tentang Rawatan Alternatif Kak Raw. Terkejut aku... bila baca ada lagi nama nie disebut-sebut. So aku bertekad bila balik KL nanti nak cari pasal rawatan nie dan kalau boleh nak call sendiri cakap ngan Kak Raw. Aku pon google kat internat memang ada you... gembiranya hati bukan main lagi... pastu aku call umah Kak Raw, dan dapatkan no. hp Kak Raw nak cakap sendiri ngan beliau sebelom datang berjumpa untuk rawatan. Alhamdulilah semua dipermudahkan... Allah SWT. Aku dapat bercakap ngan Kak Raw dan temujanji ditetapkan pada hari Ahad... makanya setiap hari ahad kami semua akan ke rumah Kaka Raw di Behrang untuk rawatan Hazim.
Semenjak mendapatkan rawatan dari Kak Raw, Hazim bertambah sihat... alhamdulilah... syukur aku pada Allah. Sekarang Hazim dan Kak Raw dah sebati... Kak Raw umpama mak angkat kepada Hazim...:)
Dah masuk tahun ke 2 kami ke sana. Harap semuanya berjalan ngan lancar.
Target untuk Hazim dalam tahun nie... mintak-mintaklah Allah makbulkan doa dan usaha kami untuk lihat Hazim boleh berjalan... boleh sain ngan adik baby nanti...:) Ibu ngan ayah tak ada harta banyak cuma anak la harta kami...
Mai lah kita tengok gambar Adik... nak cerita banyak-banyak pon tak larat dah nie...
Jangan nangis sayang... semua nie untuk Adik.
Balut jangan tak balut...
Kakak senyum la... Adik la kesian kena balut 8 jam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan