Jumaat, 9 Mac 2012

Sabar...

Mari kita bercerita tentang sabar...
Sabar itu separuh daripada iman. Orang yang sentiasa bersabar pasti beroleh kebahagian.

Perkara ini berlaku kepada ibu aku sendiri. Ibu seorang yang sabar, sabar dalam membesarkan anak-anak, bersabar dengan karenah suami dan bersabar dengan orang-orang yang berada disekelilingnya serta bersabar menempuh ujian dan dugaan daripada Allah S. W. T.

Peristiwa ini berlaku telah lama dimana, ibu aku ditakdirkan oleh Allah S. W. T kehilangan suami tercinta pada tanggal 31 Julai 1988. Ketika itu umur ibu masih muda dengan anak yang ramai seramai 8 orang, lima (5) lelaki dan tiga (3) perempuan dan semuanya berusia diantara 19 tahun hingga 1 tahun. Dengan anak-anak yang ramai dan masih bersekolah serta kecil ditambah pula dengan tiada pendapatan tetap ... cuba banyangkan betapa peritnyakan. Tapi ibu aku berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Biar dia tak makan jangan anak-anaknya, biar dia tak berganti baju tapi jangan anak-anaknya. Aku pulak waktu tu baru berusia 11 tahun, merupakan anak sulung perempuan dalam keluarga. Secara tak langsung tugas-tugas ibu dirumah terpaksa aku ambil alih memandangkan ibu aku selepas sahaja solat subuh dia akan turun dari rumah untuk menoreh getah. Ya, ibu mengambil upah menoreh getah dari kebun orang lain. Sehinggalah aku telah melangkah ke sekolah menengah pun kerja-kerja rumah aku bereskan. Masih aku ingat lagi semasa aku tingkatkan satu (1) dan dua (2) aku bersekolah diwaktu petang, jadi kerja-kerja rumah seperti mengemas, menyapu sampah, beli ikan, sidai kain baju, urus adik ke sekolah tadika semua aku uruskan. Sebab tu la aku nie pandai jugak la dalam bab-bab masak-memasak nie. Kalau gi pasar tu kenal la jenis-jenis ikan ...:) Puji diri sendiri ... Malu ...:0
Pada waktu itu, aku terfikir dalam benak fikiran aku, "Kenapalah hidup kami sekeluarga susah". "Kenapa kami tak kaya yang punya kereta besar, rumah besar, tv besar dan sebagainya". Kalau sapa-sapa yang membaca coretan aku ini, sebenarnya rumah kami tak punya tv, air hanya guna perigi, lampu elektrik ada tapi hanya dua (2) ketul saja satu kat ruang dapur dan satu lagi kat ruang tamu.

Dipendekan cerita, akhirnya ucapan alhamdullilah dan syukur pada Allah S. W. T kerana kehidupan kami sekeluarga terutama ibu aku bertambah senang berkat usaha ibu yang membesarkan kami anak-anaknya seorang diri sebagai ibu tunggal dengan izin Allah S. W. T tanpa rasa penat, menyesal dan mengeluh. Setakat ini pencapaian akademik kami adik-beradik semua agak membanggakan. Abang sulung aku lulusan diploma dan sekarang sedang menyambung pengajiannya diperingkat ijazah secara outcampus. Abang kedua aku pulak berkelulusan diploma dari UPM Malaysia dan sekarang dia telah berjaya didalam bidang perniagaan dan bergelar usahawan. Manakala abang ketiga aku juga lulusan diploma dari Uitm, juga bergelar usahawan. Aku sendiri juga lulusan diploma dan sekarang bekerja makan gaji, bertugas di JKR Malaysia. Adik perempuan aku pun lulusan diploma dari UTM tapi memandangkan sekarang susah untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang yang dipelajari maka dia sekarang bekerja sebagai pembantu makmal sekolah. Manakala adik perempuan bongsu aku pulak lulusan ijazah dari KUSTEM. Tapi sama juga nasibnya hanya bekerja sebagai kerani akaun di Felda. Manakala adik lelaki aku pula lulusan diploma juga bergelar usahawan. Adik lelaki bongsu aku sekarang sedang menyambung pelajaran di peringkat ijazah di UTM.
Boleh dikatakan anak-anak ibu aku semuanya berjaya dalam dalam hidup. Walaupun kami semua kehilangan seorang ayah diusia yang muda tapi ibu aku dalam bab-bab pelajaran tak ambil mudah dan ringan. Bagi ibu aku pelajaran mesti diutamakan samaada pelajaran dunia ataupun akhirat.

Tapi sayang semenjak akhir-akhir ini kesihatan ibu aku kurang memuaskan. Ibu aku menderita akibat penyakit kencing manis yang agak serius. Buat waktu nie penglihatannya juga terganggu. Oleh sebab penglihatannya terganggu tiada daya dan kekuatannya untuk melakukan kerja-kerja rumah. Tapi ibu gagahi juga untuk menguruskan rumah tangga.

Bagi kami semua anak-anaknya, kalaulah diberi kesempatan yang lebih dari semua segi ingin dibalas jasa ibu yang tiada tandingannya. Sekarang nie pon memang dah balas tapi nak lagi terbaik untuk ibu. Dan kalaulah aku punya kuasa nak saja aku bahagiakan hati ibu aku sampai akhir hayatnya.

Pada amatan aku, ibu aku layak untuk dianugerahkan dengan anugerah tokoh "Ibu Mithali".
Ibu ketahuilah bahawasanya kami semua anak-anakmu amat menyayangimu dan secara jujurnya aku mohon maaf kepada ibu sekiranya dan bukan sekiranya aku banyak berdosa padamu. Baru sekarang aku mengerti apa itu istilah "IBU".

Doa aku pada Allah S. W. T:
"Padamu ya; allah, aku mohon kuatkanlah aku dan jadikanlah aku seorang isteri dan ibu yang hebat, sehebat ibuku dan lebih hebat darinya sekiranya dengan izinmu ya; allah. Jadikanlah aku sesabar ibuku dan lebih sabar darinya juga dengan izinmu ya; allah. Sesungguhnya aku tiada daya dan tiada kekuatan melainkan izinmu ya; allah. Padamu ya; allah aku berserah ... amin ... amin ... amin ... ya rabbal a'lamin.
Padamu juga aku mohon supaya hati aku sebersih hati ibu aku atau lebih darinya kerana hati yang bersih akan melahirkan zahir yang hebat dengan nilai sabar yang tinggi. Sucikanlah hati aku ini ya; allah, amin ... amin ... amin."

"Dan akhir sekali aku mohon padamu ya; allah lindungilah ibu dan berkatilah dia selalu kerana hanya padamu aku memohon ... amin (3x)".

Pada ibu aku ... Hajjah Enson binti Mohammad ... ketahuilah kami anak-anakmu semua sayang yang teramat padamu ibu ...

Sekian, wasalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan