Hari nie ... baby makan nasi ayam chiken rice shop. Tadi waktu rehat tengahari cuma tinggal aku sorang ajer kat opis. Kawan-kawan yang lain semua keluar ... jalan-jalan cari makan. Biasa la sebab kami kakitangan gomen dah gaji. Dalam dok sorang-sorang tu tiba-tiba aku dapat sms dari seorang sahabat. Sms yang berbunyi "nak order tak". Terima kasih kak ina sebab sms tanya nak order makanan tak. Jadi aku balas sms tanya ada kat mana, kak ina balas ada kat chiken rice shop so aku order la nasi ayam.
Ingat jugak kawan-kawan kat aku yer. Almaklumlah aku nie malas nak bergerak bila mengandung. Berat perut secara tak langsung kaki pun turut berat jugak. Tapi kalau tak mengandung pun aku malas jugak nak kuar-kuar nie kecuali ada barang dan betoi-betoi ada hal. Dasar pemalaskan aku nie. Meh la tengok gambar dulu ...
Set nie ada nasi, ayam 2 ketoi masak apa tak tau, sayur pak choi dan air rabena, sup non ade rega RM 13.99
Alhamdullilah kenyang. Bila dah kenyang mata mengantuk la pulak ... zzzzzzzzzz.
Tapi jangan tidur lagi ... relax jap sambil layan facebook.
Kalau dah kenyang mesti malam nie aku tak makan malam. Cuma makan roti ngan minum susu.
Ok petang nie balik masak kat en. suami ngan kakak ajer la. Bior diorang yang makan. Bila mengandungkan anak yang ketiga (3) nie bab makan-makan aku kureng sikit. Tak macam masa mengandungkan anak sulung ngan si twin tu. Selera makan bertambah-tambah. Berat badan naik berkilo-kilo, siap badan kembang semangkuk. Takut aku nak makan lebih-lebih, takut ada penyakit. Aritu buat ujian diabetes sib baik la bacaan paras gula tu normal klu tak mampus ... dah la mak aku ada diabetes. Setakat nie kesihatan aku alhamdullilah baik. Tekanan darah pun normal. Cuma kadang-kadang rendah sikit. Klu rendah tu aku rasa sebab aku stress, tidur tak cukup, rehat tak cukup, banyak pikior dan kurang minum air. Pernah jugak aritu check up tekanan darah aku rendah sangat, doktor nak tahan kat wad tapi aku tak nak la sebab kesiankan Hazim. Doktor nasihatkan aku supaya rehat, tidur secukupnya dan minum air banyak-banyak. So kepada awak-awak semua marilah kita jaga kesihatan bersama demi keluarga tersayang ... :)
mcm kenal je nasi tuuu...hehehehe...
BalasPadamorg yg tanya tu ler tolong belikan...
BalasPadam