Sabtu, 24 Mac 2012

Baby Makan Nasi Ayam ...

Hari nie ... baby makan nasi ayam chiken rice shop. Tadi waktu rehat tengahari cuma tinggal aku sorang ajer kat opis. Kawan-kawan yang lain semua keluar ... jalan-jalan cari makan. Biasa la sebab kami kakitangan gomen dah gaji. Dalam dok sorang-sorang tu tiba-tiba aku dapat sms dari seorang sahabat. Sms yang berbunyi "nak order tak". Terima kasih kak ina sebab sms tanya nak order makanan tak. Jadi aku balas sms tanya ada kat mana, kak ina balas ada kat chiken rice shop so aku order la nasi ayam.
Ingat jugak kawan-kawan kat aku yer. Almaklumlah aku nie malas nak bergerak bila mengandung. Berat perut secara tak langsung kaki pun turut berat jugak. Tapi kalau tak mengandung pun aku malas jugak nak kuar-kuar nie kecuali ada barang dan betoi-betoi ada hal. Dasar pemalaskan aku nie. Meh la tengok gambar dulu ...

Set nie ada nasi, ayam 2 ketoi masak apa tak tau, sayur pak choi dan air rabena, sup non ade rega RM 13.99

Alhamdullilah kenyang. Bila dah kenyang mata mengantuk la pulak ... zzzzzzzzzz.

Tapi jangan tidur lagi ... relax jap sambil layan facebook.

Kalau dah kenyang mesti malam nie aku tak makan malam. Cuma makan roti ngan minum susu.

Ok petang nie balik masak kat en. suami ngan kakak ajer la. Bior diorang yang makan. Bila mengandungkan anak yang ketiga (3) nie bab makan-makan aku kureng sikit. Tak macam masa mengandungkan anak sulung ngan si twin tu. Selera makan bertambah-tambah. Berat badan naik berkilo-kilo, siap badan kembang semangkuk. Takut aku nak makan lebih-lebih, takut ada penyakit. Aritu buat ujian diabetes sib baik la bacaan paras gula tu normal klu tak mampus ... dah la mak aku ada diabetes. Setakat nie kesihatan aku alhamdullilah baik. Tekanan darah pun normal. Cuma kadang-kadang rendah sikit. Klu rendah tu aku rasa sebab aku stress, tidur tak cukup, rehat tak cukup, banyak pikior dan kurang minum air. Pernah jugak aritu check up tekanan darah aku rendah sangat, doktor nak tahan kat wad tapi aku tak nak la sebab kesiankan Hazim. Doktor nasihatkan aku supaya rehat, tidur secukupnya dan minum air banyak-banyak. So kepada awak-awak semua marilah kita jaga kesihatan bersama demi keluarga tersayang ... :)

Mari Makan Vitamin Dan Minum Susu ...

Nie la vitamin yang dibekalkan oleh hospital untuk aku makan sepanjang tempoh kehamilan. Ada 3 jenis semuanya:-

Neurogain PB Omega 3 (dalam botol), Asid Folic dan Iberet Folic (bungkus warna merah).

Tapi tekak aku dah tak lalu nak telan semua vitamin nie setiap hari. Jadi aku selang-selikan. Kalu hari-hari bekerja memang aku makan setiap hari cuma hari sabtu dan ahad saja aku makan tak makan.

Buku kecik tu pulak aku beli semalam kat kedai buku Jalan Tar. Dengan saiz yang kecik senang nak masuk beg. Semalam sempat jugak la baca sambil tunggu kakak keluar dari sekolah agama dia. Rega buku tu cuma rm 3.90 murah sangat.
  
Belom lagi susu yang aku minum setiap pagi dan malam. Susu yang menjadi pilihan aku susu EnfaMama A+ perasa vanila. Tapi aku tak la minum macam gitu ajer. Aku buat sirap bandung. Mula-mula tu minum putih cam gitu ajer tapi tak leh nak telan kau. So doktor cakap cuba pelbagaikan cara minum. Baru la sedap sikit. Dah nak abis dah susu nie aku bedal. Pasni aku nak abiskan susu yang dapat masa gi check up kat hospital. Banyak jugak dapat sampel susu. Macam-macam brand ada. Sekarang nie kat pasaran dah banyak susu untuk ibu mengandung. Kau pilih ajer nak brand apa dan perasa apa. Bagi ibu-ibu yang sukakan perasa vanila pilih ajer la dan bagi ibu-ibu yang sukakan perasa coklat silakanlah. Ikut selera masing-masing. Anak aku si Hazim pon minum susu brand yang sama tapi Enfakid A+ Step 4. Perasa vanila jugak. Tapi untuk baby nanti nak breastfeeding sepenuhnya. Boleh ker?

Khamis, 22 Mac 2012

Jajan Oh Jajan ...


Mai sini kita intai jajan yang aku ada nie ... banyakkan jajan aku ... biskut bantal ngan biskut kapit tu beli kat Hospital Pusrawi masa gi check up aritu. Jajan-jajan yang lain mak aku yang bawak. Balance goodies bag kawin adik aritu. Dalam botol tu air tawar yang mak aku bawak untuk aku. Kalau aku lapar sementara nak makan tengahari ker atau petang makan jer jajan-jajan nie dulu. Jajan-jajan nie semua ada lagi kat umah. Aku simpan untuk anak aku si kakak tu. Kan tak yah beli dah jajan kat si kakak. Kalau tak asal gi kedai jer nak beli jajan. Adik tak leh makan semua jajan-jajan macam kat atas tu. Kalau adik boleh makan jajan-jajan macam kat atas tu makna nyer semua yang aku ada jadi milik adik ler. Selain jajan ada jugak bunga telur mak aku bawak. Tapi sori tak ada gambar yer. Telur tu dah selamat jadi lauk kami dah ... :)

Rabu, 21 Mac 2012

Ku Gembira

Hati aku berbunga-bunga semalam dan ari ini. Nak tahu kenapa?  Semalam dalam pukul 6.15 petang loceng rumah aku berbunyi ... pastu kakak berlari-lari buka pintu ... masa tu aku kat dapur ... rupa-rupanya ...adik, adik ipar ngan mak aku datang dari kampung ...

Memang mak aku tak cakap pun nak datang KL terutamanya rumah aku. Terperanjat aku semalam sebab nampak wajah mak aku tercegat kat pintu pagar rumah. Tu lah, mak aku cakap saja dia datang sebab kesiankan anak-anak aku tu, mana tak nyer hari sabtu lepas 17/3/2012 kenduri menyambut menantu adik aku, kami sekeluarga tak balik sebab banyak sangat faktornya. Satu aku pun tak berapa sihat dan Hazim lagi la tak berapa sihat.

Sebenarnya, adik aku tu nak antar isteri dia balik KL jadi kereta kosong. Apa lagi follow jer la. Tapi tak lama mak aku duduk kat rumah aku tu cuma semalam saja. Hari nie petang mak ngan adik aku tu balik la kampung naik bas. Kesian kan kat mak ... susah payah datang KL sebab cucu-cucu. Dah la tu bawak pulak buah tangan ngan pisangnya lagi, buah jambu batu lagi, goodies bag lagi dan lagi satu yang penting siap bawakkan aku air tawar ngan air selusuh lagi. Ya lah mak aku cakap kita cuba la mana nak tahu kot-kot baby dalam kandungan aku nie boleh duduk dalam keadaan betul pada kedudukannya. Sebab bila aku gi check up jer doktor asyik cakap baby dalam kandungan songsang, pastu takut-takutkan aku kata nak operate. Tak nak la operate, operate nie. Sebab anak kedua dulu dah operate kalau boleh nak elakkan lah yang ketiga nie. Susah oooo .... kalau bersalin operate nie. Nanti kesian kat Hazim ... sebab Hazim nie suka dok kat dada aku bila dia tidur ... aku sebenarnya, tak sampai ati nak menyusahkan mak aku tu. Dengan keadaan dia pun tak berapa sihat jugak.

Aku pulak semalam hanya masak sup ayam jer ngan nasik. Pastu bila diaorang sampai aku tambah la lauk telur dadar, rebus labu air ngan sambal belacan. Kalau aku tahu mak nak datang leh la aku masak lauk yang grand-grand sikit. Tapi mak aku tak kisah, tu pun dah sedap kata nyer. Selera dia makan ... mak, mak nak tau tak sebenarnya saya sayang sangat-sangat kat mak. Mak lah mak, mak lah ayah, mak lah kawan, mak lah sahabat dan mak lah segala-galanya bagi saya ... i love u mak ... :)

Isnin, 12 Mac 2012

Menu Sarapan Hari Sabtu

Salam,

Pagi Sabtu aritu, awal-awal lagi dalam kul 7.00 pagi dah tercegat kat pasar tani. Biasanyer bila waktu-waktu cam gini sayur dan ikan masih lagi segar bugar ... lagi pon aku ada urusan lain yang nak diselesaikan lepas balik dari pasar.

Selesai semua urusan memilih dan membelek ikan, ayam, daging dan sayur, pilih-pilih ... bayar. Pastu gi pulak cari sarapan pagi. Kakak nak makan satay, jadinyer ayah dia beli la satay ayam RM 10.00. Pastu balik kat umah dia kata nak makan nasi lemak pak cik tepi pagar pulak. Aku pon beli la sorang sebungkus termasuk untuk bibik sekali.

Nasi lemak pon aku tak makan, satay pon aku tak makan. Tengok saja diaorang makan. Lepas diorang makan bergegas pulak ke hospital. Sebab aku ada ujian diabetis. Minum air gula la wei ... sebenarnya aku tak ada pon diabetis. Memang la nie kalau mengandung jer kena minum air gula ker? Masa mengandungkan Kakak ngan Adik dulu aku tak kena pon minum air gula nie.
Inilah pertama kali. Macamana rasa agaknyer. Nasib engkau la ... mak labu.

Satay, nasik lemak dan pisang

Sabtu, 10 Mac 2012

Hadiah Ini Untuk Cikgu...

Tu la semalam kakak cakap duit kutipan untuk baby Cikgu Mazura dah terkumpul dalam RM 54.80. Dari mana datang 80 sen tu pun tak tau la. Kutipan ini meliputi murid-murid tahun 3 SK Kiaramas, Jalan Duta. Kakak mintak tolong belikan hamper baby yang ada baju sekali ... tapi mesti untuk baby girl.
So aku semalam petang dalam pukul 2 lebih tu en. suami mintak tolong pi ambik kereta dia kat pusat services. Memang pagi semalam dalam pukul 7.30 pagi tu kami pi antar kereta lagi satu untuk di services. Jadi bawak dua kereta. Tinggal kereta kat sana. Pastu gi kerja naik keta ai la ...
Selesai ambik kereta en. suami kat pusat servis Jalan Ipoh dalam pukul 3.00 petang. Pastu terus balik umah antar kereta ai. Makan dulu, pastu sembahyang terus bergegas nak gi keja balik tapi jarum jam dinding telah menghampiri pukul 4.00 petang. Mmmmm ... apa terus gi Mid Valley dulu, sebab opis en. suami kat sana. Ai follow ... Abis waktu pejabat, turun Jusco cari hadiah baby. Setelah diteliti dan dok intai-intai ... ai ngan en. suami pon pilih la yang nie. Rega dia pon tak mahal sangat sesuai ler ngan bajet diaorang ... rega hamper baby nie RM 56.20. Jadi pagi tadi pi la antar kakak kat sekolah. Sebab dia nak bawak naik bas sekolah susah. Lagi pon cikgu kakak last day dah ari nie. Lepas cuti sekolah nie ... cikgu kakak bercuti panjang sebab melahirkan baby. Kepada Cikgu Mazura semoga selamat melahirkan baby ... pas nie ai la pulak, ishh takut la ...:)

Jumaat, 9 Mac 2012

Tentang Aku ... Bukan Tentang Dhia ...

Mai sini aku nak perkenalkan diri siapa aku yang sebenarnya. Awak-awak semua kalau blom kenai sapa aku, nie nak perkenalkan diri tapi bagi mereka-mereka yang dah kenai tak tengok gambar pon dah tau sapa aku.


Nie la ... aku. Aku yang bernama Siti Khodijah anak Haji Musa dengan Hajjah Enson tu. Isteri kepada en. suami, ibu kepada berapa orang anak ... mmmmm ... 4 orang anak 2 perempuan dan 2 lelaki. Dah kawin selama 10 tahun. Umur muda lagi ... bekerja makan gaji ngan gomen.

Gambar kat sebelah tu ... hanya memaparkan 2 orang anak daripada 4 orang anak. Tapi yang sebenarnya anak lelaki aku lagi sorang meninggal selepas 2 ari dilahirkan. Seorang lagi coming soon ... tunggu bulan Mei nanti keluar. Dalam gambar tu bukan baby tau tapi baby tua aku ngan en. suami. Biarpun umur dah 5 tahun tapi bagi aku dan en. suami dia masih baby. Bau badan pun macam bau baby jugak.

Nie la harta yang paling berharga untuk aku dengan en. suami. Anak-anak nie la yang menjadi pengikat dan pengukuh hubungan aku dan en. suami. Aku nak mintak tolong kat kawan-kawan yang membaca entry nie sila doakan yang terbaik untuk aku sekeluarga.

Apa yang aku suka ... suka apa ya ... entah la suka apa ... rasa-rasanya semua benda dan perkara-perkara yang baik semua aku suka. Suka masak pun ya, suka bercakap pun ya, suka buat kerja pun ya jugak ...

Ok lah dulu. Nanti klu cerita banyak-banyak pasal aku, awak-awak semua bosan pulak. Tenung la gambar aku ngan anak-anak lelama sikit supaya tak lupa, mana la nak tau kot-kot selisih ngan aku kat mana-mana tegur la yer ... Ok lah kita berhenti kat sini dulu, nanti kita sambung cerita.
 
Kepada anak-anak yang masih bersekolah dan guru-guru diseluruh Malaysia aku ucapkan "Selamat Bercoti Sekolah". Sebab pada ari nie cuti persekolahan telah bermula. Ingat jaga diri baik-baik no ... kalau memandu tu silalah memandu dengan cermat supaya selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Sabar...

Mari kita bercerita tentang sabar...
Sabar itu separuh daripada iman. Orang yang sentiasa bersabar pasti beroleh kebahagian.

Perkara ini berlaku kepada ibu aku sendiri. Ibu seorang yang sabar, sabar dalam membesarkan anak-anak, bersabar dengan karenah suami dan bersabar dengan orang-orang yang berada disekelilingnya serta bersabar menempuh ujian dan dugaan daripada Allah S. W. T.

Peristiwa ini berlaku telah lama dimana, ibu aku ditakdirkan oleh Allah S. W. T kehilangan suami tercinta pada tanggal 31 Julai 1988. Ketika itu umur ibu masih muda dengan anak yang ramai seramai 8 orang, lima (5) lelaki dan tiga (3) perempuan dan semuanya berusia diantara 19 tahun hingga 1 tahun. Dengan anak-anak yang ramai dan masih bersekolah serta kecil ditambah pula dengan tiada pendapatan tetap ... cuba banyangkan betapa peritnyakan. Tapi ibu aku berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Biar dia tak makan jangan anak-anaknya, biar dia tak berganti baju tapi jangan anak-anaknya. Aku pulak waktu tu baru berusia 11 tahun, merupakan anak sulung perempuan dalam keluarga. Secara tak langsung tugas-tugas ibu dirumah terpaksa aku ambil alih memandangkan ibu aku selepas sahaja solat subuh dia akan turun dari rumah untuk menoreh getah. Ya, ibu mengambil upah menoreh getah dari kebun orang lain. Sehinggalah aku telah melangkah ke sekolah menengah pun kerja-kerja rumah aku bereskan. Masih aku ingat lagi semasa aku tingkatkan satu (1) dan dua (2) aku bersekolah diwaktu petang, jadi kerja-kerja rumah seperti mengemas, menyapu sampah, beli ikan, sidai kain baju, urus adik ke sekolah tadika semua aku uruskan. Sebab tu la aku nie pandai jugak la dalam bab-bab masak-memasak nie. Kalau gi pasar tu kenal la jenis-jenis ikan ...:) Puji diri sendiri ... Malu ...:0
Pada waktu itu, aku terfikir dalam benak fikiran aku, "Kenapalah hidup kami sekeluarga susah". "Kenapa kami tak kaya yang punya kereta besar, rumah besar, tv besar dan sebagainya". Kalau sapa-sapa yang membaca coretan aku ini, sebenarnya rumah kami tak punya tv, air hanya guna perigi, lampu elektrik ada tapi hanya dua (2) ketul saja satu kat ruang dapur dan satu lagi kat ruang tamu.

Dipendekan cerita, akhirnya ucapan alhamdullilah dan syukur pada Allah S. W. T kerana kehidupan kami sekeluarga terutama ibu aku bertambah senang berkat usaha ibu yang membesarkan kami anak-anaknya seorang diri sebagai ibu tunggal dengan izin Allah S. W. T tanpa rasa penat, menyesal dan mengeluh. Setakat ini pencapaian akademik kami adik-beradik semua agak membanggakan. Abang sulung aku lulusan diploma dan sekarang sedang menyambung pengajiannya diperingkat ijazah secara outcampus. Abang kedua aku pulak berkelulusan diploma dari UPM Malaysia dan sekarang dia telah berjaya didalam bidang perniagaan dan bergelar usahawan. Manakala abang ketiga aku juga lulusan diploma dari Uitm, juga bergelar usahawan. Aku sendiri juga lulusan diploma dan sekarang bekerja makan gaji, bertugas di JKR Malaysia. Adik perempuan aku pun lulusan diploma dari UTM tapi memandangkan sekarang susah untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang yang dipelajari maka dia sekarang bekerja sebagai pembantu makmal sekolah. Manakala adik perempuan bongsu aku pulak lulusan ijazah dari KUSTEM. Tapi sama juga nasibnya hanya bekerja sebagai kerani akaun di Felda. Manakala adik lelaki aku pula lulusan diploma juga bergelar usahawan. Adik lelaki bongsu aku sekarang sedang menyambung pelajaran di peringkat ijazah di UTM.
Boleh dikatakan anak-anak ibu aku semuanya berjaya dalam dalam hidup. Walaupun kami semua kehilangan seorang ayah diusia yang muda tapi ibu aku dalam bab-bab pelajaran tak ambil mudah dan ringan. Bagi ibu aku pelajaran mesti diutamakan samaada pelajaran dunia ataupun akhirat.

Tapi sayang semenjak akhir-akhir ini kesihatan ibu aku kurang memuaskan. Ibu aku menderita akibat penyakit kencing manis yang agak serius. Buat waktu nie penglihatannya juga terganggu. Oleh sebab penglihatannya terganggu tiada daya dan kekuatannya untuk melakukan kerja-kerja rumah. Tapi ibu gagahi juga untuk menguruskan rumah tangga.

Bagi kami semua anak-anaknya, kalaulah diberi kesempatan yang lebih dari semua segi ingin dibalas jasa ibu yang tiada tandingannya. Sekarang nie pon memang dah balas tapi nak lagi terbaik untuk ibu. Dan kalaulah aku punya kuasa nak saja aku bahagiakan hati ibu aku sampai akhir hayatnya.

Pada amatan aku, ibu aku layak untuk dianugerahkan dengan anugerah tokoh "Ibu Mithali".
Ibu ketahuilah bahawasanya kami semua anak-anakmu amat menyayangimu dan secara jujurnya aku mohon maaf kepada ibu sekiranya dan bukan sekiranya aku banyak berdosa padamu. Baru sekarang aku mengerti apa itu istilah "IBU".

Doa aku pada Allah S. W. T:
"Padamu ya; allah, aku mohon kuatkanlah aku dan jadikanlah aku seorang isteri dan ibu yang hebat, sehebat ibuku dan lebih hebat darinya sekiranya dengan izinmu ya; allah. Jadikanlah aku sesabar ibuku dan lebih sabar darinya juga dengan izinmu ya; allah. Sesungguhnya aku tiada daya dan tiada kekuatan melainkan izinmu ya; allah. Padamu ya; allah aku berserah ... amin ... amin ... amin ... ya rabbal a'lamin.
Padamu juga aku mohon supaya hati aku sebersih hati ibu aku atau lebih darinya kerana hati yang bersih akan melahirkan zahir yang hebat dengan nilai sabar yang tinggi. Sucikanlah hati aku ini ya; allah, amin ... amin ... amin."

"Dan akhir sekali aku mohon padamu ya; allah lindungilah ibu dan berkatilah dia selalu kerana hanya padamu aku memohon ... amin (3x)".

Pada ibu aku ... Hajjah Enson binti Mohammad ... ketahuilah kami anak-anakmu semua sayang yang teramat padamu ibu ...

Sekian, wasalam.

Khamis, 8 Mac 2012

Tengah Marah Nie....

Hari ni aku nak cerita sikit pasal kejadian petang semalam masa tunggu en. suami datang ambik nak balik rumah dari opis. Semalam aku balik agak lewat la jugak dari biasa dalam pukul 5.15 petang ... tapi ada kalanya lagi lewat dari waktu tu ... kadang-kadang 7.30 malam pun ada. Tapi yang jadi masalahnya semalam ... masa aku turun dari tingkat 13 ke lobby pejabat, aku pon dok la bertenggek kat tepi kolam depan opis nie. Sambil tu aku call en. suami cakap yang aku dah tunggu dia kat bawah. Jadinya aku bercakap sambil membelangkangkan jalanraya yang sibuk gila babas tu. Dalam tak semena-mena datang motor ex5 kalar merah kalau tak silap aku la. Sambil lalu dok buat bunyi tikus gaya nak ngorat. Aku pon lepas selesai cakap ngan en. suami terus toleh kat belakang. Tu dia ... pak cik tua perasan muda kot ... elok dia nak parking motor dia tu tepi ram ... aku gi kat betul-betul tengah tangga lobby apa lagi ... terus aku sound pak cik tua tu ...

Dengan tak sopannya, aku selambar jer bertempik ... kalu nak tau nie dialognya:

"Ooooiii ... pak cik, pak cik ada masalah ker? dok bunyi cuit ... cuit ... cuit tu apahal ... asal nampak pompuan jer bunyi la, tapi kalu jantan tak bunyi la pulak ..." Pak cik tu mula-mula macam angguk-angguk ... pastu dia diam ... agaknyer malu kot.
Lepas jer aku sound pak cik tu, aku terus masuk lobby pi kat kuanter report kat guard.
Ya la cuba awak-awak semua pikir ... aku dah la tengah cakap telefon ngan suami ... pastu dengar pulak bunyi ala-ala orang nak ngorat ... tak ker biadap namanyer tu ... aku pulak dah tengah mengandung ... malu la sikit pak cik tua oiiii....

Memang gatal la pak cik tua nie. Tak kira pompuan tu bini orang ker, anak dara ker, mengandung ker, lawa ker hodoh ker, gemok ker, kurus ker asal nampak jer pompuan bunyi la tikut dia tu ... tapi kalau jantan lalu senyap ... pastu kalau bini dah datang kat dia lagi la diam.

Padan muka kau pak cik tua ... lain kali buat la lagi ... kalau orang lain boleh la kau dok kacau tapi jangan cari pasal ngan aku ... kali nie aku tak bagi muka kat hang tau. Kalu jumpa lagi dan dengar lagi dok buat hal yang sama siap la hang pak cik tua gatai ... Tahu la aku nak buat pa.