Sabtu, 24 November 2012

Kosong...

Salam semua....
Telah lama saya tidak menulis apa-apa cerita di dalam blog nie...:(
Banyak perkara telah berlaku sepanjang tempoh beberapa bulan ini. Suka, duka dan macam-macam lagi. Diri aku sekarang terasa kosong... Aku tak tahu nak mulakan cerita yang mana satu... Gembira dulu kah atau sedih dulu ker... Buat waktu sekarang aku sedang mencari redho Allah swt. Semoga aku di beri kekuatan untuk aku menulis semua cerita tentang Dia Ku Sayang... 

Cepat atau lambat itu aku tak pasti bila aku boleh menulis lagi...

Rabu, 16 Mei 2012

Nur Khadeeja Aisha

Salam semua,

Aku dah selamat melahirkan baby girl pada 9 Mei 2012 yang lalu. Nama baby aku Nur Khadeeja Aisha. Berat 3.4 kg, bersalin dengan kaedah pembedahan. Cakap banyak tak mau sebab aku pun tak berapa sihat lagi. Jadi pada kawan-kawan dan awak-awak semua mai kita tengok gambar baby dulu yer ... lain kali kita cerita panjang kisah aku lalui masa menjalani pembedahan tu.



Baru keluar dari perut ibu... masih panas


Hari kedua ... abang, kakak datang melawat baby kat hospital ... sebenarnya abang tu geram kat baby



Baby dah balik umah hari jumaat (day 3)


Muka baby bulat ...

Khamis, 3 Mei 2012

Terima kasih kembali ... sampai SYURGA insya Allah ...

Ya Allah ...
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat Mu yang suci
Suburkanlah kami dengan keturunan yang  membesarkan asma Mu
Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai

Ya Allah ...
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan
Tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan
Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya
Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi

Ya Allah ...
Berkatilah pendengaran kami
Penglihatan kami
Hati kami suami/isteri
Anak-anak/keturunan kami dan
Ampunilah kami
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang
Amiin ...

Khamis, 26 April 2012

A Gift From Heaven

A Gift From Heaven

"I'm sending you a child "God Said", to take care of for me.
You'll need patience, and understanding 'cause this child, she cannot see.
You'll learn the beauty of a smile, you see, her learning will be slow.
But with the love that you will give I know that she will grow.

This child will bring you pride and joy with each new thing she learns.
Though there will be times she brings you worries and concerns.
But you're the kind of parents that I know can make it through.
That is why I'm sending her to the two of you.

The lessons she will teach you not everyone will see.
Because she will also have what's know as CP.
Her learning will take effort and progress will be slow.
But the love and joy she'll bring you few "normal" kid's parents know.

I'm not sending her because you've sinned, nor to punish you.
I'm sending her to you because I know you'll love her too.
This child is a special child I wouldn't place just anywhere.
I want her with a family I know will take good care.
And after searching wide and long the whole world through and through.
I decided that this gift of love would be sent from Heaven to you".

-poem was submitted by Fran Webb-

Cantik tak?...


Cantik nyer ...

Nie kakak punya kotak pensil. Minggu lepas masa kak zizah call aku terus aku order dengan dia benda alah nie. Lagi pun kakak dah lama mintak nak benda alah nie. Cuma aku tak berkesempatan nak jumpa kak zizah lagi. Lagi pun kak zizah pun sibuk agak nyer sebab aku call opis tak berjawap pun. Minggu lepas order, ari isnin aritu dah dapat barang. Sayang kak zizah... bukan aper kak zizah takut aku terberanak awai tu dia siapkan awai tu. Kain yang digunakan sama ngan beg bekal kakak. Suka aku order barang cam gini dari kak zizah sebab rega berpatutan dengan kualiti kain yang tinggi.

Bila kakak bawak ke sekolah ramai kawan-kawan dia kata cantik. Bangga ler kakak bila kena puji. Tapi bukan ibu dia yang buat...:) Kakak kata dia nak jual kat kawan boleh ker? Ishh budak nie nak berniaga la pulak.

Rabu, 18 April 2012

Cerebral Palsy ...?

Apa Itu Palsi Serebrum?


Palsi serebrum yang dipanggil Cerebral Palsy (CP) dalam bahasa Inggeris merupakan salah satu kategori ketidakupayaan perkembangan di mana bahagian-bahagian otak tertentu yang mengawal koordinasi dan pergerakan otot-otot dalam badan seseorang mengalami kerosakan. Ia boleh berlaku semasa seseorang itu masih berada dalam kandungan ibu, semasa dia dilahirkan atau dalam beberapa tahun pertama selepas dia dilahirkan.
Bahagian-bahagian otak yang mengalami kerosakan itu tidak akan sembuh buat selama-lamanya. Walaubagaimanapun, kerosakan itu juga tidak akan bertambah teruk. Hal ini bermaksud kerosakan itu akan berkekalan. Oleh itu, individu-individu palsi serebrum akan mengalami ketidakupayaan tersebut sepanjang hidup mereka. Mereka akan mengalami masalah pergerakan badan di mana motor kasar dan motor halus mereka terjejas. Mereka akan mengalami kesukaran untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti berjalan, menguruskan diri, makan, menulis dan sebagainya.
Individu yang mengalami palsi serebrum adalah unik. Keadaan fizikal seseorang individu palsi serebrum adalah berbeza dengan individu palsi serebrum yang lain. Tiada dua individu palsi serebrum yang mengalami tahap ketidakupayaan yang sama. Tahap ketidakupayaan seseorang individu itu boleh dikategorikan dari sangat minima hingga sangat teruk. Seseorang yang dikategorikan pada tahap sangat minima biasanya berupaya menjalani kehidupan harian seperti biasa tanpa sebarang bantuan. Sebaliknya seseorang yang dikategorikan pada tahap sangat teruk pula memerlukan penjagaan sepanjang hari. Dia bergantung sepenuhnya pada orang lain untuk melakukan segala aktiviti harian termasuk bergerak dan makan.

Secara umumnya, palsi serebrum boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu spastik (spastic), athetosis (athetoid) dan ataxia (ataxic). Seseorang itu mungkin juga mengalami gabungan dua atau ketiga-tiga jenis palsi serebrum. Selain itu, mereka yang mengalami palsi serebrum biasanya juga mengalami ketidakupayaan atau masalah lain. Ia termasuklah masalah pertuturan, masalah pendengaran, masalah penglihatan, masalah pembelajaran, terencat akal, masalah tingkahlaku, epilepsi dan masalah pertumbesaran.
Sungguhpun palsi serebrum tidak dapat diubati, namun keadaan fizikal seseorang mereka boleh bertambah baik dengan menjalani terapi seperti fisioterapi, terapi cara kerja dan terapi pertuturan; pengambilan ubat untuk mengurangkan ketegangan otot dan mengawal epilepsi; menjalani pembedahan untuk mengurangkan ketegangan otot atau memperbetulkan anatomi yang abnormal dan sebagainya.



Jenis-Jenis Palsi Serebrum

Secara umumnya, palsi serebrum boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu spastik (spastic), athetosis (athetoid) dan ataxia (ataxic).

Spastik
Seseorang dikatakan mengalami palsi serebrum jenis spastik sekiranya dia mengalami ketegangan otot yang terlampau tinggi. Ketegangan ototnya berkemungkinan akan meningkat apabila dia melakukan sesuatu. Hal ini menyebabkannya kelihatan kaku atau keras.
Palsi serebrum jenis spastik boleh dibahagikan lagi kepada tiga kategori yang lebih spesifik berdasarkan bahagian badan yang terjejas iaitu paraplegia, hemiplegia dan diplegia. Bagi seseorang yang dikategorikan sebagai spastik paraplegia, kedua-dua tangan dan kaki serta tengkuknya terjejas. Kebanyakannya tidak dapat berjalan. Apabila hanya sebelah kiri atau kanan badan sahaja yang terjejas, seseorang itu digolongkan sebagai spastik hemiplegia. Dia akan kelihatan tempang semasa berjalan. Bagi seseorang yang mengalami spastik diplegia pula, kakinya adalah lebih terjejas daripada tangan. Fungsi tangannya mungkin terjejas sedikit atau tidak mengalami sebarang masalah.

Athetosis
Seseorang yang mengalami palsi serebrum jenis athetosis mengalami gabungan tahap ketegangan otot iaitu ada kalanya mengalami ketegangan otot yang sangat tinggi dan ada kalanya mengalami ketegangan otot yang sangat rendah. Seseorang itu selalunya menunjukkan pergerakan luar kawalan atau pergerakan secara tidak sengaja. Dia sukar mengekalkan posturnya semasa duduk atau berjalan. Dia memerlukan usaha dan tumpuan yang tinggi untuk mengunjurkan tangannya ke arah sesuatu seperti menggaru hidungnya atau mencapai sesebuah buku.

Ataxia
Seseorang yang mengalami palsi serebrum jenis ataxia pula menghadapi masalah koordinasi dan keseimbangan badan. Seseorang itu biasanya boleh berjalan tetapi tidak stabil. Dia akan berjalan dengan melebarkan jarak antara kedua-dua kakinya untuk mengimbangkan badannya. Tangannya akan bergetar semasa melakukan sesuatu khususnya apabila dia perlu melakukan pergerakan yang tepat atau pergerakan pantas seperti semasa membutangkan baju atau menulis. Keadaan akan bertambah teruk apabila dia disuruh melakukan sesuatu dalam masa yang singkat.
Kebanyakan individu palsi serebrum dikategorikan jenis spastik, dan ia diikuti dengan athetosis dan ataxia. Walaubagaimanapun, seseorang itu berkemungkinan mengalami lebih daripada satu jenis palsi serebrum. Hal ini bermaksud dia berkemungkinan mengalami palsi serebrum jenis spastik dengan athetosis, palsi serebrum jenis spastik dengan ataxia, palsi serebrum jenis athetosis dengan ataxia atau palsi serebrum jenis spastik, athetosis dengan ataxia.
 
Sumber dipetik dari : http://duniacp.blogspot.com/

Selasa, 17 April 2012

Mana Kasut Sekolah Kakak?

Tu la, arini kakak ada pertandingan 'action song' bahasa inggeris kat sekolah. Tapi bukan buat kat sekolah dia buat kat sekolah lain di Selayang. Malang la pulak ... kasut sekolah kakak hilang bukan sebelah tapi sepasang. Ishh ... nie yang aku tak suka nie ... sapa pulak ler yang ambik nie ...
 
Sebelum bertolak ke sekolah tu, semua murid yang terlibat kena tukar baju dan make-up pelbagai jadinyer kasut sekolah tu dia dan rakan-rakan lain buka dan tinggalkan kat bilik muzik katanyer. Tapi bila dah selesai majlis nak ambik balik kasut dah tak ada. Mana peginyer kasut sekolah kakak tu. Sib baik ler arini dia pakai kasut hitam yang baru dibeli khas untuk pertandingan tu ... kalau tak kaki ayam ler kau kakak. Sekolah kakak tak menang pun tempat pertama. Kakak kata dapat tempat ke-6 saja. Tapi tak pa ler kakak sekurang-kurangnyer kakak ada keyakinan diri untuk memcuba. Tahun depan kalau ader rezeki cuba lagi tau ... nie nampak gayanyer nak kena beli kasut sekolah baru la pulak. Memang cadang gaji bulan nie nak beli lagi sepasang kasut sekolah kakak. Sebab masa awal tahun dulu beli 2 pasang jugak kasut sekolah dia, tapi sepasang tu hanya rega rm 10.00, mana nak tahan lama. Pakai sebulan pun dah koyak. Lain kali kalau nak beli kasut sekolah anak, nasihat saya belilah yang mahai sikit tak per sebab tahan lama.

Nie ler kasut sekolah kakak rega rm 10.00 tu, rupa ada tapi kualiti tiada ...
tapi kasut yang hilang tu kasut sekolah pallas jazz ...
macam kat bawah tu ...

Minggu ke - 36 dah nie ...

Perkembangan fetus - hamil 36 minggu

Bayi anda masih menambah berat badannya - lebih kurang 28 gram sehari. Beratnya hampir 6 paun / 2.7 kilogram dan panjangnya 19 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki.

Anda mula merasakan tekanan di bahagian bawah abdomen anda dan juga sedar yang bayi anda sudah mula menurun. Ini diberi nama lightening iaitu peringanan, atau engagement iaitu penurunan kepala bayi; dengan ini paru-paru dan perut anda terasa lebih lapang - bernafas dan bermakan-makan akan menjadi lebih selesa. Namun begitu, perjalanan anda semakin kurang selesa - sebilangan wanita melaporkan yang mereka merasakan seakan-akan bayi hendak terkeluar. Juga, anda akan terasa seakan-akan sentiasa hendak ke tandas. Sediakan nutrisi yang diperlukan di masa penghujung ini dengan
panduan makanan sempurna kami.Berita baik ialah bahawa menjelang akhir minggu ini, kehamilan anda sudah cukup bulan dan anda akan melahirkan bila-bila masa. (Bayi antara 37 minggu dan 42 minggu dianggap cukup bulan - bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu ialah pramatang dan selepas 42 minggu ialah lewat waktu atau post-term.)

Semasa janji temu mingguan anda, doktor akan memeriksa anda untuk melihat samada anda sudahpun mendilitasi (apabila serviks membuka) dan mengembang (apabila serviks menjadi nipis). Doktor juga akan memeriksa apakah posisi bayi untuk menentukan sejauh mana bayi sudah jatuh ke dalam pelvis. Informasi ini akan dimasukkan ke dalam nota materniti anda supaya doktor anda maklum akan posisi bayi apabila tiba masa untuk melahirkan.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam rahim. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia


Kat atas adalah info yang aku cedok dari website: www.babycenter.com.my. Saja nak berkongsi info dengan awak-awak semua.

Kandungan aku sekarang dah masuk minggu ke-36 dah. Dah tak lama lagi nak bercuti selama 2++ bulan. Minggu lepas 13hb. aritu pi check up. Doktor cakap semuanyer ok. Tak ada masalah. Syukur sangat-sangat sebab kesihatan aku semasa tempoh kehamilan nie semuanya ok. Setakat sakit, lenguh-lenguh, penat tu biasa ler kan. Aritu jugak aku rasa seronok sangat sebab aku ngan en. suami dapat tengok imej baby dengan lebih jelas. Sebab buat imbasan 3D. Nanti bila-bila kau tepekkan imej baby tu kat blog.

Persiapan pulak untuk baby, aku ngan en. suami beli ala kadar jer. Sebab barang-barang baby yang kakak ngan adik masih elok lagi. Aku cadang nak bersalin kat Hospital Pusrawi kat Jalan Tun Razak nie. Bukan tak nak bersalin kat hospital kerajaan tapi ... aku fobia sikit sebab ada pengalaman yang tak berapa bagus ngan hospital kerajaan nie. Tapi kalau nak jadi perkara-perkara yang tak dijangka kat hospital mana-mana pun jadi kan ... tawakkal ajer lah dan berserah pada DIA ... amin.

Aku dah ... anda dah ker belom?

Salam semua,

Nie ... aku nak tanya, awak-awak semua dah ker belom? Aku dah ... dah antar borang income tax. Kalau yang belom tu cepat sikit tau sebab tarikh tamat penghantaran adalah 30 April 2012 nie. Aku mula-mula itu isi borang tapi macam leceh ajer ... terus buat pakai e-filling lagi senang. Sebab sebelum nie pun aku pakai borang. Tapi rupernyer pakai internet lagi senang. Di hujung jari jer. Selesai satu bab yang menyemakan kepala aku nie.

So kepada awak-awak semua yang belum dan dalam proses mengisi borang tu selamatlah yer... Selamat Mengisi Borang ...

Sabtu, 7 April 2012

2 APRIL 2012

Aku dah bertambah tua lagi setahun pada 2 April 2012.

Ari senin awal bulan April lepas, aku dikejutkan dengan satu majlis ringkas oleh kakak ngan en. suami.

Petang tarikh tersebut kakak ngan ayah nyer telah mengadakan majlis sambutan hari lahir aku yang ke- ... tahun secara kecil-kecilan. Angka biar lah rahsia ...:)

Pada hari itu aku telah menerima sekeping kad ucapan dan sebijik kek comel daripada en. suami, frame gambar dan mug dari kakak dan adik. Terharu aku ... kakak sanggup kumpul duit belanja sekolah semata-mata nak belikan hadiah sempena ulang tahun kelahiran aku. Ya, Allah bertuah rasanya aku kerana memiliki insan-insan seperti en. suami, kakak ngan adik. Syukur sangat-sangat.

Bila tengok gambar tak tahan rasa nak gelak sebab kena pakai topi kon berbulu. Ibu kena dera ngan kakak. Pakai ajer la ... bukan nyer salah pon. Ni ler pertama kali pakai topi kon berbulu. Bukan setakat ibu ajer adik, kakak ngan ayah pon kena pakai topi kon nie tapi yang diorang semua tak ada bulu. Bulu lain ada la ...

Nie ada ler gambar sikit untuk awak-awak semua tengok cuci mata. Tengok ajer tau jangan ketawakan aku pulak.

 Ibu riang gembira (kanak-kanak riang)
Ibu bersama kek comel pemberian ayah kakak ngan adik

Potong jangan tak potong ... potong kek la ...
 Kakak cuim ibu ...:) love u...
Ibu cium adik ...:) love u...
Belek hadiah dari kakak ngan adik
Frame gambar ... cantik tak? cantik la ...

Frame gambar + mug
Tu ... nampak tak? kad ucapan dari en. suami + frame gambar + mug dari kakak dan adik ...:)
Ibu + kakak + adik + hadiah
Ibu bersama adik
Akhirnyer ada jugak sekeping gambar bersama en. suami ...:)


Khamis, 5 April 2012

Masak Di Awal Pagi

 Daging masak kicap.

Seawal 4.45 pagi aku bangun siapkan bahan untuk masak lauk nie. Kadang-kadang kalau aku larat dan rasa ada daya aku akan masak diawal pagi untuk ditinggalkan kepada kakak. Bibik hanya perlu masakkan nasik ajer. Bila balik dari sekolah nanti kakak boleh makan. Selalu diawal pagi aku hanya masak semata lauk ajer. Tak sempat la wei nak masak banyak-banyak lauk. Nak buat sarapan lagi. Nak siap diri aku lagi. Hazim lagi la nak kena cium, peluk sokmo bila bangun tidur. Hazim pulak jenis bangun awal. Kadang-kadang tu pukul 5.30 pagi dah bangun. Tak tau la sok bila ada baby macam manalah agaknyer. Mintak-mintak lah semua dipermudahkan.

Mee goreng.

Yang ini pulak mee goreng. Sebenarnya kalau kat umah aku tu mee kuning nie tak berapa jalan. Tapi oleh kerana aku teringin nak makan maka semua ahli keluarga kenalah hadap mee nie. Tak banyak pun goreng hanya sebungkus dah cukup untuk kami makan 4 mulut termasuk bibik aku tu. Bila dah masak lauk untuk kakak, aku akan sambil siapkan bahan untuk masak sarapan pagi pulak. Biasanya aku akan buat sarapan yang berupa heavy sikit macam nasik goreng kerabu ker, mihun goreng ker, nasik lemak ker dan sekali sekala makan roti bakar ajer. Bila dah masak aku selalunya bawak bekal ke opis. Sebab tak sempat la nak makan kat umah nie. Bukan setakat aku ajer anak aku si kakak pun aku bekalkan sekali. Jadi duit belanja yang aku bagi selalunya dia akan simpan. Aku kalau bawak bekal bukan setakat makanan, air teh or kopi aku angkut sekali. Aku tak kisah janji jimat. Lagi pon makanan kat kantin opis aku nie tak sedap dan mahal la pulak. Lebih baik aku bawak bekal terjamin dari segi kebersihan. Awak-awak semua macam mana pulak?

Ahad, 1 April 2012

Belon Panas 18 Mac 2012

Salam semua,
Apa nie ... banyak nyer sawang ... udah bersawang la blog aku nie ... maaf la yer ... nak bukak blog pon aku dah tak larat. Lagi pon kandungan aku dah nak masuk 9 bulan memang ler tak ada daya dan kekuatan untuk menaip. Tapi ari nie diberikan kekuatan dan kesempatan untuk update blog. Terima kasih padamu Ya Allah ...

Kejadian nie dah lama berlaku tapi nak jugak aku post kat blog nie ... jangan marah ya nanti kena jual ...

Masa cuti sekolah yang lalu, tarikh 18 Mac 2012, aku ngan en. suami bawa anak-anak pi tengok belon panas kat Putrajaya. Bertolak dari rumah pukul 9.30 pagi gitu, tapi sebelum tu aku tapau nasik lemak dulu kat pagar rumah aku tu. Aku bawak bekalan satu bakul siap ngan tikor pelbagai. Sampai kat Putrajaya dalam pukul 10.23 pagi. Pusing beberapa kali cari parking baru la dapat dekat sikit ngan tempat belon panas tu berlangsung. Aritu pulak cuaca punya la panas terik. Payung pulak tak ada dalam kereta. Lupa nak masukkan balik payung lepas guna. Bukan apa aku takut bila cuaca panas-panas cam gini Hazim tak tahan panas pastu demam. Aku ngan en. suami jugak yang susah nanti. Kalau ada payung tu sedap la sikit. Tapi nak buat macam mana tawakal ajer lah.

Ushar-ushar tengok belon panas dari pukul 10 lebih sampai pukul 11.30 pagi jer. Tak sampai sejam pun kat situ. Sebab panas sangat tak tahan semua orang termasuk la aku. Dengan perut kosong masing-masing tak makan lagi, apa paedah nyer tengok belon panas. Aku la yang paling teruk lenguh kaki berdiri lelama ngan sakit pinggang lagi ... lain kali tak nak la aku gi tempat-tempat cam gitu lagi. Tak sesuai untuk ibu-ibu mengandung. Aku cadangkan kat en. suami supaya pi cari Taman Botani pastu boleh bedal bekalan yang aku bawak tu sebakul. Dengan pisang, milo panas, roti, nasik lemak lagi, jajan lagi banyak jugak la.
 
Cantikan belon panas nie. Ada lagi bentuk yang lain-lain. Tapi tak kuasa aku nak pi jalan satu tempat ke satu tempat nak nengok belon nie. Penat ai tau ... Kakak dah mengamuk sebab nak naik belon panas tu. Aku rasa kalau naik pon kena bayar kot. Tak tau la berapa kena bayar tu. Sudahnyer tengok dari jauh ajer la Kakak.

Cuba awak-awak semua tengok anak aku si Hazim tu. Nampak cam dah berisi sikitkan. Alhamdullilah aku suka sangat kalau dia sentiasa sihat tak macam tahun lepas sakit yang agak kritikal.

Sekarang nie Hazim makan bubur nasi letak kurma. Makanan sampingan kalsium, biskut tiger susu, solivite dan air madu. Kadang-kadang tu bubur tu tukar-tukar jugak. Adakala buat bubur ayam campur lobak merah, bubur nasi letak santan. Kadang-kadang tu tukar bagi nestum beras perang. Multivitamin jugak tidak lupa untuk Hazim. Susu masih lagi susu Enfakids ngan Prediasure.

Gambar : Kakak (Aina) + Adik (Hazim), permata hati ibu dan ayah.

Bila anak-anak gembira ibu pun suka. Terima kasih Allah kerana kurniakan mereka untuk aku ngan suami.

Ok kita sambung cerita ... Masuk kereta terus cari Taman Botani. Tapi adakala tersesat jugak dalam Putrajaya tu. Lawak betoi. Orang KL pon boleh sesat kat Putrajaya. Sampai kat sana, en. suami ushar dulu tempat. Rezeki kami pada hari tu. Ada wakaf kosong satu. Sebab sebelum tu memang kat wakaf tu ada orang dok lepak kat situ. Tapi bila kami sampai diorang pun berlalu pergi. Apa lagi angkut la barang-barang. Bantal kecik ngan toto kecik memang ada dalam kereta standby buat Hazim. Bentang tikor, bukak bekal dan makan ... lagi best dari dok melangut tengok belon panas. Kakak pulak layan ikan kat dalam tasik. Roti gardenia sebuku panjang, 1/4 memang rezeki ikan ...

Hazim aku bekalkan nestum, pas makan mata pun mengantuk ... macam nak tidur, ujan pulak lagi la ... Dalam kul 2.00 petang kami kemas pastu balik KL. Sebab nak sembahyang Zuhur kat umah. Malas dah nak berhenti singgah mana-mana masjid.
Kakak la yang paling seronok. Dia kata lain kali nak datang picnic lagi kat taman bunga. Ibu bertambah la seronok sebab bajet percutian yang paling murah ... dengan bajet dalam rm 50.00 dah boleh berseronok seisi keluarga. Hazim pon suka ...
  
Mai tengok gambar la weii malas nak taip banyak-banyak.
  
 Aku lebih beso dari tong drum ... tong drum kecik sikit dari aku.
 Jemput makan semua.



Baru aku perasan rupanyer banyak gambar kakak dari yang lain ... mesti nie kerja ayah la sapa lagi ...

Sabtu, 24 Mac 2012

Baby Makan Nasi Ayam ...

Hari nie ... baby makan nasi ayam chiken rice shop. Tadi waktu rehat tengahari cuma tinggal aku sorang ajer kat opis. Kawan-kawan yang lain semua keluar ... jalan-jalan cari makan. Biasa la sebab kami kakitangan gomen dah gaji. Dalam dok sorang-sorang tu tiba-tiba aku dapat sms dari seorang sahabat. Sms yang berbunyi "nak order tak". Terima kasih kak ina sebab sms tanya nak order makanan tak. Jadi aku balas sms tanya ada kat mana, kak ina balas ada kat chiken rice shop so aku order la nasi ayam.
Ingat jugak kawan-kawan kat aku yer. Almaklumlah aku nie malas nak bergerak bila mengandung. Berat perut secara tak langsung kaki pun turut berat jugak. Tapi kalau tak mengandung pun aku malas jugak nak kuar-kuar nie kecuali ada barang dan betoi-betoi ada hal. Dasar pemalaskan aku nie. Meh la tengok gambar dulu ...

Set nie ada nasi, ayam 2 ketoi masak apa tak tau, sayur pak choi dan air rabena, sup non ade rega RM 13.99

Alhamdullilah kenyang. Bila dah kenyang mata mengantuk la pulak ... zzzzzzzzzz.

Tapi jangan tidur lagi ... relax jap sambil layan facebook.

Kalau dah kenyang mesti malam nie aku tak makan malam. Cuma makan roti ngan minum susu.

Ok petang nie balik masak kat en. suami ngan kakak ajer la. Bior diorang yang makan. Bila mengandungkan anak yang ketiga (3) nie bab makan-makan aku kureng sikit. Tak macam masa mengandungkan anak sulung ngan si twin tu. Selera makan bertambah-tambah. Berat badan naik berkilo-kilo, siap badan kembang semangkuk. Takut aku nak makan lebih-lebih, takut ada penyakit. Aritu buat ujian diabetes sib baik la bacaan paras gula tu normal klu tak mampus ... dah la mak aku ada diabetes. Setakat nie kesihatan aku alhamdullilah baik. Tekanan darah pun normal. Cuma kadang-kadang rendah sikit. Klu rendah tu aku rasa sebab aku stress, tidur tak cukup, rehat tak cukup, banyak pikior dan kurang minum air. Pernah jugak aritu check up tekanan darah aku rendah sangat, doktor nak tahan kat wad tapi aku tak nak la sebab kesiankan Hazim. Doktor nasihatkan aku supaya rehat, tidur secukupnya dan minum air banyak-banyak. So kepada awak-awak semua marilah kita jaga kesihatan bersama demi keluarga tersayang ... :)

Mari Makan Vitamin Dan Minum Susu ...

Nie la vitamin yang dibekalkan oleh hospital untuk aku makan sepanjang tempoh kehamilan. Ada 3 jenis semuanya:-

Neurogain PB Omega 3 (dalam botol), Asid Folic dan Iberet Folic (bungkus warna merah).

Tapi tekak aku dah tak lalu nak telan semua vitamin nie setiap hari. Jadi aku selang-selikan. Kalu hari-hari bekerja memang aku makan setiap hari cuma hari sabtu dan ahad saja aku makan tak makan.

Buku kecik tu pulak aku beli semalam kat kedai buku Jalan Tar. Dengan saiz yang kecik senang nak masuk beg. Semalam sempat jugak la baca sambil tunggu kakak keluar dari sekolah agama dia. Rega buku tu cuma rm 3.90 murah sangat.
  
Belom lagi susu yang aku minum setiap pagi dan malam. Susu yang menjadi pilihan aku susu EnfaMama A+ perasa vanila. Tapi aku tak la minum macam gitu ajer. Aku buat sirap bandung. Mula-mula tu minum putih cam gitu ajer tapi tak leh nak telan kau. So doktor cakap cuba pelbagaikan cara minum. Baru la sedap sikit. Dah nak abis dah susu nie aku bedal. Pasni aku nak abiskan susu yang dapat masa gi check up kat hospital. Banyak jugak dapat sampel susu. Macam-macam brand ada. Sekarang nie kat pasaran dah banyak susu untuk ibu mengandung. Kau pilih ajer nak brand apa dan perasa apa. Bagi ibu-ibu yang sukakan perasa vanila pilih ajer la dan bagi ibu-ibu yang sukakan perasa coklat silakanlah. Ikut selera masing-masing. Anak aku si Hazim pon minum susu brand yang sama tapi Enfakid A+ Step 4. Perasa vanila jugak. Tapi untuk baby nanti nak breastfeeding sepenuhnya. Boleh ker?

Khamis, 22 Mac 2012

Jajan Oh Jajan ...


Mai sini kita intai jajan yang aku ada nie ... banyakkan jajan aku ... biskut bantal ngan biskut kapit tu beli kat Hospital Pusrawi masa gi check up aritu. Jajan-jajan yang lain mak aku yang bawak. Balance goodies bag kawin adik aritu. Dalam botol tu air tawar yang mak aku bawak untuk aku. Kalau aku lapar sementara nak makan tengahari ker atau petang makan jer jajan-jajan nie dulu. Jajan-jajan nie semua ada lagi kat umah. Aku simpan untuk anak aku si kakak tu. Kan tak yah beli dah jajan kat si kakak. Kalau tak asal gi kedai jer nak beli jajan. Adik tak leh makan semua jajan-jajan macam kat atas tu. Kalau adik boleh makan jajan-jajan macam kat atas tu makna nyer semua yang aku ada jadi milik adik ler. Selain jajan ada jugak bunga telur mak aku bawak. Tapi sori tak ada gambar yer. Telur tu dah selamat jadi lauk kami dah ... :)

Rabu, 21 Mac 2012

Ku Gembira

Hati aku berbunga-bunga semalam dan ari ini. Nak tahu kenapa?  Semalam dalam pukul 6.15 petang loceng rumah aku berbunyi ... pastu kakak berlari-lari buka pintu ... masa tu aku kat dapur ... rupa-rupanya ...adik, adik ipar ngan mak aku datang dari kampung ...

Memang mak aku tak cakap pun nak datang KL terutamanya rumah aku. Terperanjat aku semalam sebab nampak wajah mak aku tercegat kat pintu pagar rumah. Tu lah, mak aku cakap saja dia datang sebab kesiankan anak-anak aku tu, mana tak nyer hari sabtu lepas 17/3/2012 kenduri menyambut menantu adik aku, kami sekeluarga tak balik sebab banyak sangat faktornya. Satu aku pun tak berapa sihat dan Hazim lagi la tak berapa sihat.

Sebenarnya, adik aku tu nak antar isteri dia balik KL jadi kereta kosong. Apa lagi follow jer la. Tapi tak lama mak aku duduk kat rumah aku tu cuma semalam saja. Hari nie petang mak ngan adik aku tu balik la kampung naik bas. Kesian kan kat mak ... susah payah datang KL sebab cucu-cucu. Dah la tu bawak pulak buah tangan ngan pisangnya lagi, buah jambu batu lagi, goodies bag lagi dan lagi satu yang penting siap bawakkan aku air tawar ngan air selusuh lagi. Ya lah mak aku cakap kita cuba la mana nak tahu kot-kot baby dalam kandungan aku nie boleh duduk dalam keadaan betul pada kedudukannya. Sebab bila aku gi check up jer doktor asyik cakap baby dalam kandungan songsang, pastu takut-takutkan aku kata nak operate. Tak nak la operate, operate nie. Sebab anak kedua dulu dah operate kalau boleh nak elakkan lah yang ketiga nie. Susah oooo .... kalau bersalin operate nie. Nanti kesian kat Hazim ... sebab Hazim nie suka dok kat dada aku bila dia tidur ... aku sebenarnya, tak sampai ati nak menyusahkan mak aku tu. Dengan keadaan dia pun tak berapa sihat jugak.

Aku pulak semalam hanya masak sup ayam jer ngan nasik. Pastu bila diaorang sampai aku tambah la lauk telur dadar, rebus labu air ngan sambal belacan. Kalau aku tahu mak nak datang leh la aku masak lauk yang grand-grand sikit. Tapi mak aku tak kisah, tu pun dah sedap kata nyer. Selera dia makan ... mak, mak nak tau tak sebenarnya saya sayang sangat-sangat kat mak. Mak lah mak, mak lah ayah, mak lah kawan, mak lah sahabat dan mak lah segala-galanya bagi saya ... i love u mak ... :)

Isnin, 12 Mac 2012

Menu Sarapan Hari Sabtu

Salam,

Pagi Sabtu aritu, awal-awal lagi dalam kul 7.00 pagi dah tercegat kat pasar tani. Biasanyer bila waktu-waktu cam gini sayur dan ikan masih lagi segar bugar ... lagi pon aku ada urusan lain yang nak diselesaikan lepas balik dari pasar.

Selesai semua urusan memilih dan membelek ikan, ayam, daging dan sayur, pilih-pilih ... bayar. Pastu gi pulak cari sarapan pagi. Kakak nak makan satay, jadinyer ayah dia beli la satay ayam RM 10.00. Pastu balik kat umah dia kata nak makan nasi lemak pak cik tepi pagar pulak. Aku pon beli la sorang sebungkus termasuk untuk bibik sekali.

Nasi lemak pon aku tak makan, satay pon aku tak makan. Tengok saja diaorang makan. Lepas diorang makan bergegas pulak ke hospital. Sebab aku ada ujian diabetis. Minum air gula la wei ... sebenarnya aku tak ada pon diabetis. Memang la nie kalau mengandung jer kena minum air gula ker? Masa mengandungkan Kakak ngan Adik dulu aku tak kena pon minum air gula nie.
Inilah pertama kali. Macamana rasa agaknyer. Nasib engkau la ... mak labu.

Satay, nasik lemak dan pisang

Sabtu, 10 Mac 2012

Hadiah Ini Untuk Cikgu...

Tu la semalam kakak cakap duit kutipan untuk baby Cikgu Mazura dah terkumpul dalam RM 54.80. Dari mana datang 80 sen tu pun tak tau la. Kutipan ini meliputi murid-murid tahun 3 SK Kiaramas, Jalan Duta. Kakak mintak tolong belikan hamper baby yang ada baju sekali ... tapi mesti untuk baby girl.
So aku semalam petang dalam pukul 2 lebih tu en. suami mintak tolong pi ambik kereta dia kat pusat services. Memang pagi semalam dalam pukul 7.30 pagi tu kami pi antar kereta lagi satu untuk di services. Jadi bawak dua kereta. Tinggal kereta kat sana. Pastu gi kerja naik keta ai la ...
Selesai ambik kereta en. suami kat pusat servis Jalan Ipoh dalam pukul 3.00 petang. Pastu terus balik umah antar kereta ai. Makan dulu, pastu sembahyang terus bergegas nak gi keja balik tapi jarum jam dinding telah menghampiri pukul 4.00 petang. Mmmmm ... apa terus gi Mid Valley dulu, sebab opis en. suami kat sana. Ai follow ... Abis waktu pejabat, turun Jusco cari hadiah baby. Setelah diteliti dan dok intai-intai ... ai ngan en. suami pon pilih la yang nie. Rega dia pon tak mahal sangat sesuai ler ngan bajet diaorang ... rega hamper baby nie RM 56.20. Jadi pagi tadi pi la antar kakak kat sekolah. Sebab dia nak bawak naik bas sekolah susah. Lagi pon cikgu kakak last day dah ari nie. Lepas cuti sekolah nie ... cikgu kakak bercuti panjang sebab melahirkan baby. Kepada Cikgu Mazura semoga selamat melahirkan baby ... pas nie ai la pulak, ishh takut la ...:)

Jumaat, 9 Mac 2012

Tentang Aku ... Bukan Tentang Dhia ...

Mai sini aku nak perkenalkan diri siapa aku yang sebenarnya. Awak-awak semua kalau blom kenai sapa aku, nie nak perkenalkan diri tapi bagi mereka-mereka yang dah kenai tak tengok gambar pon dah tau sapa aku.


Nie la ... aku. Aku yang bernama Siti Khodijah anak Haji Musa dengan Hajjah Enson tu. Isteri kepada en. suami, ibu kepada berapa orang anak ... mmmmm ... 4 orang anak 2 perempuan dan 2 lelaki. Dah kawin selama 10 tahun. Umur muda lagi ... bekerja makan gaji ngan gomen.

Gambar kat sebelah tu ... hanya memaparkan 2 orang anak daripada 4 orang anak. Tapi yang sebenarnya anak lelaki aku lagi sorang meninggal selepas 2 ari dilahirkan. Seorang lagi coming soon ... tunggu bulan Mei nanti keluar. Dalam gambar tu bukan baby tau tapi baby tua aku ngan en. suami. Biarpun umur dah 5 tahun tapi bagi aku dan en. suami dia masih baby. Bau badan pun macam bau baby jugak.

Nie la harta yang paling berharga untuk aku dengan en. suami. Anak-anak nie la yang menjadi pengikat dan pengukuh hubungan aku dan en. suami. Aku nak mintak tolong kat kawan-kawan yang membaca entry nie sila doakan yang terbaik untuk aku sekeluarga.

Apa yang aku suka ... suka apa ya ... entah la suka apa ... rasa-rasanya semua benda dan perkara-perkara yang baik semua aku suka. Suka masak pun ya, suka bercakap pun ya, suka buat kerja pun ya jugak ...

Ok lah dulu. Nanti klu cerita banyak-banyak pasal aku, awak-awak semua bosan pulak. Tenung la gambar aku ngan anak-anak lelama sikit supaya tak lupa, mana la nak tau kot-kot selisih ngan aku kat mana-mana tegur la yer ... Ok lah kita berhenti kat sini dulu, nanti kita sambung cerita.
 
Kepada anak-anak yang masih bersekolah dan guru-guru diseluruh Malaysia aku ucapkan "Selamat Bercoti Sekolah". Sebab pada ari nie cuti persekolahan telah bermula. Ingat jaga diri baik-baik no ... kalau memandu tu silalah memandu dengan cermat supaya selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Sabar...

Mari kita bercerita tentang sabar...
Sabar itu separuh daripada iman. Orang yang sentiasa bersabar pasti beroleh kebahagian.

Perkara ini berlaku kepada ibu aku sendiri. Ibu seorang yang sabar, sabar dalam membesarkan anak-anak, bersabar dengan karenah suami dan bersabar dengan orang-orang yang berada disekelilingnya serta bersabar menempuh ujian dan dugaan daripada Allah S. W. T.

Peristiwa ini berlaku telah lama dimana, ibu aku ditakdirkan oleh Allah S. W. T kehilangan suami tercinta pada tanggal 31 Julai 1988. Ketika itu umur ibu masih muda dengan anak yang ramai seramai 8 orang, lima (5) lelaki dan tiga (3) perempuan dan semuanya berusia diantara 19 tahun hingga 1 tahun. Dengan anak-anak yang ramai dan masih bersekolah serta kecil ditambah pula dengan tiada pendapatan tetap ... cuba banyangkan betapa peritnyakan. Tapi ibu aku berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Biar dia tak makan jangan anak-anaknya, biar dia tak berganti baju tapi jangan anak-anaknya. Aku pulak waktu tu baru berusia 11 tahun, merupakan anak sulung perempuan dalam keluarga. Secara tak langsung tugas-tugas ibu dirumah terpaksa aku ambil alih memandangkan ibu aku selepas sahaja solat subuh dia akan turun dari rumah untuk menoreh getah. Ya, ibu mengambil upah menoreh getah dari kebun orang lain. Sehinggalah aku telah melangkah ke sekolah menengah pun kerja-kerja rumah aku bereskan. Masih aku ingat lagi semasa aku tingkatkan satu (1) dan dua (2) aku bersekolah diwaktu petang, jadi kerja-kerja rumah seperti mengemas, menyapu sampah, beli ikan, sidai kain baju, urus adik ke sekolah tadika semua aku uruskan. Sebab tu la aku nie pandai jugak la dalam bab-bab masak-memasak nie. Kalau gi pasar tu kenal la jenis-jenis ikan ...:) Puji diri sendiri ... Malu ...:0
Pada waktu itu, aku terfikir dalam benak fikiran aku, "Kenapalah hidup kami sekeluarga susah". "Kenapa kami tak kaya yang punya kereta besar, rumah besar, tv besar dan sebagainya". Kalau sapa-sapa yang membaca coretan aku ini, sebenarnya rumah kami tak punya tv, air hanya guna perigi, lampu elektrik ada tapi hanya dua (2) ketul saja satu kat ruang dapur dan satu lagi kat ruang tamu.

Dipendekan cerita, akhirnya ucapan alhamdullilah dan syukur pada Allah S. W. T kerana kehidupan kami sekeluarga terutama ibu aku bertambah senang berkat usaha ibu yang membesarkan kami anak-anaknya seorang diri sebagai ibu tunggal dengan izin Allah S. W. T tanpa rasa penat, menyesal dan mengeluh. Setakat ini pencapaian akademik kami adik-beradik semua agak membanggakan. Abang sulung aku lulusan diploma dan sekarang sedang menyambung pengajiannya diperingkat ijazah secara outcampus. Abang kedua aku pulak berkelulusan diploma dari UPM Malaysia dan sekarang dia telah berjaya didalam bidang perniagaan dan bergelar usahawan. Manakala abang ketiga aku juga lulusan diploma dari Uitm, juga bergelar usahawan. Aku sendiri juga lulusan diploma dan sekarang bekerja makan gaji, bertugas di JKR Malaysia. Adik perempuan aku pun lulusan diploma dari UTM tapi memandangkan sekarang susah untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang yang dipelajari maka dia sekarang bekerja sebagai pembantu makmal sekolah. Manakala adik perempuan bongsu aku pulak lulusan ijazah dari KUSTEM. Tapi sama juga nasibnya hanya bekerja sebagai kerani akaun di Felda. Manakala adik lelaki aku pula lulusan diploma juga bergelar usahawan. Adik lelaki bongsu aku sekarang sedang menyambung pelajaran di peringkat ijazah di UTM.
Boleh dikatakan anak-anak ibu aku semuanya berjaya dalam dalam hidup. Walaupun kami semua kehilangan seorang ayah diusia yang muda tapi ibu aku dalam bab-bab pelajaran tak ambil mudah dan ringan. Bagi ibu aku pelajaran mesti diutamakan samaada pelajaran dunia ataupun akhirat.

Tapi sayang semenjak akhir-akhir ini kesihatan ibu aku kurang memuaskan. Ibu aku menderita akibat penyakit kencing manis yang agak serius. Buat waktu nie penglihatannya juga terganggu. Oleh sebab penglihatannya terganggu tiada daya dan kekuatannya untuk melakukan kerja-kerja rumah. Tapi ibu gagahi juga untuk menguruskan rumah tangga.

Bagi kami semua anak-anaknya, kalaulah diberi kesempatan yang lebih dari semua segi ingin dibalas jasa ibu yang tiada tandingannya. Sekarang nie pon memang dah balas tapi nak lagi terbaik untuk ibu. Dan kalaulah aku punya kuasa nak saja aku bahagiakan hati ibu aku sampai akhir hayatnya.

Pada amatan aku, ibu aku layak untuk dianugerahkan dengan anugerah tokoh "Ibu Mithali".
Ibu ketahuilah bahawasanya kami semua anak-anakmu amat menyayangimu dan secara jujurnya aku mohon maaf kepada ibu sekiranya dan bukan sekiranya aku banyak berdosa padamu. Baru sekarang aku mengerti apa itu istilah "IBU".

Doa aku pada Allah S. W. T:
"Padamu ya; allah, aku mohon kuatkanlah aku dan jadikanlah aku seorang isteri dan ibu yang hebat, sehebat ibuku dan lebih hebat darinya sekiranya dengan izinmu ya; allah. Jadikanlah aku sesabar ibuku dan lebih sabar darinya juga dengan izinmu ya; allah. Sesungguhnya aku tiada daya dan tiada kekuatan melainkan izinmu ya; allah. Padamu ya; allah aku berserah ... amin ... amin ... amin ... ya rabbal a'lamin.
Padamu juga aku mohon supaya hati aku sebersih hati ibu aku atau lebih darinya kerana hati yang bersih akan melahirkan zahir yang hebat dengan nilai sabar yang tinggi. Sucikanlah hati aku ini ya; allah, amin ... amin ... amin."

"Dan akhir sekali aku mohon padamu ya; allah lindungilah ibu dan berkatilah dia selalu kerana hanya padamu aku memohon ... amin (3x)".

Pada ibu aku ... Hajjah Enson binti Mohammad ... ketahuilah kami anak-anakmu semua sayang yang teramat padamu ibu ...

Sekian, wasalam.

Khamis, 8 Mac 2012

Tengah Marah Nie....

Hari ni aku nak cerita sikit pasal kejadian petang semalam masa tunggu en. suami datang ambik nak balik rumah dari opis. Semalam aku balik agak lewat la jugak dari biasa dalam pukul 5.15 petang ... tapi ada kalanya lagi lewat dari waktu tu ... kadang-kadang 7.30 malam pun ada. Tapi yang jadi masalahnya semalam ... masa aku turun dari tingkat 13 ke lobby pejabat, aku pon dok la bertenggek kat tepi kolam depan opis nie. Sambil tu aku call en. suami cakap yang aku dah tunggu dia kat bawah. Jadinya aku bercakap sambil membelangkangkan jalanraya yang sibuk gila babas tu. Dalam tak semena-mena datang motor ex5 kalar merah kalau tak silap aku la. Sambil lalu dok buat bunyi tikus gaya nak ngorat. Aku pon lepas selesai cakap ngan en. suami terus toleh kat belakang. Tu dia ... pak cik tua perasan muda kot ... elok dia nak parking motor dia tu tepi ram ... aku gi kat betul-betul tengah tangga lobby apa lagi ... terus aku sound pak cik tua tu ...

Dengan tak sopannya, aku selambar jer bertempik ... kalu nak tau nie dialognya:

"Ooooiii ... pak cik, pak cik ada masalah ker? dok bunyi cuit ... cuit ... cuit tu apahal ... asal nampak pompuan jer bunyi la, tapi kalu jantan tak bunyi la pulak ..." Pak cik tu mula-mula macam angguk-angguk ... pastu dia diam ... agaknyer malu kot.
Lepas jer aku sound pak cik tu, aku terus masuk lobby pi kat kuanter report kat guard.
Ya la cuba awak-awak semua pikir ... aku dah la tengah cakap telefon ngan suami ... pastu dengar pulak bunyi ala-ala orang nak ngorat ... tak ker biadap namanyer tu ... aku pulak dah tengah mengandung ... malu la sikit pak cik tua oiiii....

Memang gatal la pak cik tua nie. Tak kira pompuan tu bini orang ker, anak dara ker, mengandung ker, lawa ker hodoh ker, gemok ker, kurus ker asal nampak jer pompuan bunyi la tikut dia tu ... tapi kalau jantan lalu senyap ... pastu kalau bini dah datang kat dia lagi la diam.

Padan muka kau pak cik tua ... lain kali buat la lagi ... kalau orang lain boleh la kau dok kacau tapi jangan cari pasal ngan aku ... kali nie aku tak bagi muka kat hang tau. Kalu jumpa lagi dan dengar lagi dok buat hal yang sama siap la hang pak cik tua gatai ... Tahu la aku nak buat pa.

Selasa, 21 Februari 2012

Baca Buku

Sebenarnya dah lama aku beli buku-buku nie... cuma lambat nak khabor ke demo semua. Ada diantara buku-buku nie dah aku khatam dan ada diantaranya aku belom khatam lagi...

Tapi buku yang kalar biru tu... Wahai Tuhan : Engkaulah Penyembuh bagus untuk dibaca dan diamalkan doa-doa kat dalam buku tu untuk kegunaan harian. Dengan saiz buku yang kecil senang nak bawak kemana sahaja... masukkan dalam handbag korang pastu kalau ada masa lapang kat opis ker, kat lam kereta ker atau kat mana-mana just keluarkan and baca. Rega buku-buku nie semua tak lah mahal. Kalau korang nak boleh la cari kat kedai buku.


Anakku Hebat Anakku Soleh : Ustaz Zahazan Mohamed; Hadiah Buat Muslimah - Panduan Asas Fiqah Wanita : Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood